Nuffnang

28 September 2014

Bahaya Keracunan Makanan Ketika Hamil

Assalamualaikum

Semalam suami ajak makan seafood. Biasalah, favorite kitorang siakap 3 rasa, kerang sambal dan sotong goreng tepung. Makan kira-kira jam 8.30 malam.

Dah kenyang tu, balik rumah ayu ok je.. Bizi dengan encik google sebab google macam-macam mengenai barang baby. Hehe

Pastu lewat gak tidur. Dalam kul 12 ayu nak lelap, suami buatkan susu, ayu minum pastu muntah dengan segala isi nasi seafood yang ayu makan 3-4 jam sudah tadi. Sampai termasuk sisa muntah ke hidung. Allah.. Terasa macam tengah morning sickness mcm haritu. Pastu minum air kosong, muntah lagi segala isi perut. Sampai kosong dan xde kudrat. Nak gi klinik macam lewat sgt dah.

Bangun pagi, ayu lemah betul. Try breakfast..selera ok jer. Tapi.. Lepas 1/2 jam. Muntah. Memulas.. Jadi, nekad laki bawa bini gi poliklinik penawar .. Kat klinik pun muntah lagi woo..

Doc cakap.. "Nak saya refer hospital mana? HSi? HSA?"

Ha??? Sepital? Oh.. Kami memang tak terfikir sampai nak kena gi hospital. Doc cakap maybe keracunan. Even makan benda yang sama dengan suami, orang hamil memang sangat sensitif dengan 'salah makan' ni. Very sensitive! Ya.. Ntah ada kuman apa kat seafood tu tak tau la kan. Atau tahap kebersihan pengendalian makanan pun kita tak pasti kan.

Minta saranan doc utk tidak terus buat surat refer hopital tu. Minta rehat di rumah dulu makan ubat angin dan garam garam tu. Tapi doc cakap, kalau petang tak elok, wajib ke hospital. Masuk air dan dapatkan rawatan. Bahaya untuk baby.

Hopefully anak ummi tak apa-apa. Huhu..

Nota: harini ayu mc. Rest. Hopefully tak muntah lagi. Tak molah kena masuk air pulak. Huaaa.. :(

9 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

salam ayu...lor...kena jaga betul betul bila time mengandung nie..harap ayu takde pape

Farah Waheda Wahid said...

ayu take care and get well soon...

sinuha said...

hmm, kesian Kak Ayu. Get well soon ye? :) Saya doakan yg baik2 je untuk akak and baby.

Nurzakiah Hanum said...

kena jaga nie

IbuNoey said...

kalau kerang ni agak tak digalakkan untuk ibu hamil kalau akak tak silap.akak masa pregnant ari tu pernah gak keracunan makanan.memang muntah sampai lemah badan.siap masuk hospital lagi,dik. ni dah okey tak?

memmet lenggeng said...

kesiannya..memang kena rest kalau macam ni

ctfand said...

Akak pun pernah keracunan makanan time pregnant kimi, yanie..siksanya lah.. tapi mujur tak sampai masuk sepital..

Mar Mansor said...

semoga ayu dan baby sihat2 saje ye..
cop..akak sangat tak rekemen kot pegi "PP" sbb dlu kompeni akak memang amik dia as panel clinic..masa akak preggy akak demam doktor tak bg akak mc & siap bagi ubat demam, ubat batuk..akak tnya doktor tu,"saya pregnent ni boleh ke makan ubat2 ni semua?"
doktor tu sengeh jek..
& ada kes, kira org berpangkat jugak la pegi klinik yg sama, doktor tu salah bagi ubat..terus kompeni terminate klinik tu

Sya Mimie said...

Asslmkm ayu.. Time prgnt ni mkan kat luar kna hti2 tau.. Risau jd pape pd bby nti..