Nuffnang

17 September 2014

Cabaran 30 Hari :Hari 17 -5 Perkara Yang Ayu Zan Rindukan

assalamualaikum

Apa yang ayu rindukan?

1- Saat bersama arwah abah.

Alfatihah buat abah ayu Mohd Zan Bin Lani.
Rasanya tak yah ulas. Nanti mengundang air mata. :(

2- Zaman duduk asrama sekolah menengah.

5 tahun weh dok asrama SMK Bandar Maharani Muar. Haruslah merindui tiap saat di sana. Kawan-kawan, surat raudatul firdaus, dewan makan mariamah, basuh baju sambil nyanyi dan macam-macam.

3- Zaman kanak-kanak

Ayu kan lasak. sangat lasak. selalu je jatuh parit la, tersungkur la, buat 'up' tayar basikal depan dan jatuh, curi-curi pinjam basikal arwah atok. hehe. ayu rindu kelasakan tu.

4- Pasar malam permatang pauh

tak ingat apa nama pasar malam dekat umah sewa masa study kat politeknik seberang perai. tapi ayu rindu nak makan kuih telinga keling yang dia buat bulat-bulat tu. hehe. pastu jual. seringgit dapat banyak wo. kat sini telinga keling dia ada 4 lobang.

5- Rindu nak tengok wayang

Dah 3 bulan lebih kot tak tengok wayang. hihi. demi menjaga tahap tumbesaran anak dalam kandungan, ayu avoid dulu gi pawagam sebab bunyi dia kuat kan. tak elok untuk baby. So, ummi dia tahan dulu. hehehe

Sekian

Entri Cabaran 30 Hari :


No comments: