Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

22 October 2013

Tips Raih Follower Blog

Assalamualaikum.

haritu kan ayu ada dating dengan blogger Mama As kan? Kenal tak beliau? Kalau tak kenal.. korang
boleh berkenalan dengan beliau yang peramah dan baik hati tu.. :) klik sini.


Beliau ada sharing tips. Dan ayu rasa, tak salah kalau ayu share kat sini pulak tips-tips yang Mama As share haritu. Sebab ayu tersangat kagum dengan usaha beliau yang meraih follower 900+ dan ranking alexa 900+ dalam masa 5 bulan. Itu sangat memberansangkan ok.

Beliau kata, ini beliau lakukan..

1- Pada awal blogging, beliau BLOGWALKING 100-150 blog sehari.
well, pada ayu ini memang hebat lah sebab ayu rasa sehari 50 blog pun ayu belum sempat. sebab kita menyambil kan... tapi untuk yang full time suri rumah, mungkin boleh cuba tips ni.

2-Kerap komen blog orang lain 
Sebab natijahnya nanti, bila orang tu tengok kita rajin komen blog dia, kita tertarik la nak ke blog kita dan buat benda yang sama. yang ni ayu rasa, ayu buat dan berhasil.

3-Follow blogger yang kita nak, tanpa perlu guna konsep "u follow, i follow".
Maksudnya.. tak perlu ada paksaan dalam following blog. Yela kan, kalau orang yang kita follow berkenan ngan blog kita, beliau akan follow..in sha allah.

4-Guna pop-up comments box untuk raih banyak komen pada entry.
Sebab pembaca lebih mudah, tak perlu loading blog kita sekali lagi untuk komen entry. Lagi-lagi yang berat blognya, memang jenuh nak tunggu loading tu. kalau pakai pop up ni, komentar lebih mudah nak komen 3-4 entry sekaligus. Yang ni ayu buat. Dan kalau korang rasa tak suka sebab tak boleh balas, boleh letak REPLY button. (boleh google tutorial). Dan nak profesional lagi, reply komen penting melalui entry. :) yang ni ramai bogger glamer buat.

5-Letak shout-box
Kotak jerit tu manfaatkan dengan baik. Sebab kadang-kadang ada orang nak tanya apa-apa, dia boleh drop kat situ, dan kita boleh reply kat kotak jerit mereka. Kan mesra gitu.hehe

6-Entry berkaitan tips-tips.
Mama as kata, entry berkaitan tips mudah mendapat sambutan, so korang harus cuba ya. hihi. kalau ayu pula, entry resepi yang selalu banyak klik.

7-Up entry sekurang-kurangnya 1x sehari.
Yang ni memang hakikat tau. Kalau 1 hari tak up entry memang menjunam ke ladang gandum la UV ayu. sebab ayu belum establish. Kala blogger ben ashaari or matgebu tak pelah, rasa nya tak up entry 3-4 hari pun, visitor dia maintain aje. hehe

Okeylah, rasanya itu je kot. hihi.. Kalau korang nak tips lebih kat Mama As boleh je roger beliau di sini.

Nota : Bila ntah ayu punya follower nak 900 tu.hiihi.. ayu dapat pembaca tetap yang tak jemu ziarah blog ni pun dah berbesar hati.. :) Terima Kasih korang.

kredit : Mama As Blog

04 September 2013

Apa kata blogger tentang trafik blog?

Assalamualaikum.

Trafik. Sebelum ke dunia blog ni, saya hanya faham konsep trafik ni di jalan raya sahaja. Bila trafiknya baik, tersusun maka, baiklah perjalanan kita menuju ke sesuatu tempat. Trafik juga menunjukkan Lampu Isyarat a.k.a Traffic Light yang mana jelas menggambarkan tanpa lampu isyarat, pincanglah lalu lintas di jalan raya. 


itu trafik di jalan raya.


macam mana trafik blog pula?

saya bukanlah kategori mahir untuk cakap dengan jelas mengenai trafik blog ni memandangkan blog saya bukanlah kategori yang mempunyai trafik tinggi seperti Ben Ashaari, Hasrulhassan, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha tu.. Saya cuma penulis amatur yang lebih banyak bercerita mengenai pendapat dan perkongsian peribadi sahaja.

Tapi, saya sendiri akui, bila dah masuk ke dunia blog ni, tengok ramai rakan blogger yang senior memperoleh income bulanan yang 'muai' agak terjebak la juga perasaan nak jadi macam mereka. Apabila saya kaji, selidik, bertanya, membaca memang jelas sangat, trafik blog yang bagus sangat menyumbang untuk mereka beroleh income sebegitu lumayan. 

Blog ibarat macam ARTIS juga lah.hehehe

Contoh macam artis yang meletup-letup, bila nak buat majlis perkahwinan atau sebarang event, mesti banyak pihak nak sponsor. Nak sponsor baju lah, kasut dan macam-macam lagi. 

So, pada saya, sama lah juga macam blog, kalau meletup-letup trafik blog, mesti banyak juga pengiklan yang berminat. :-)


Sekian, ini pendapat peribadi ayu. Korang pun mesti ada pendapat sendiri mengenai isu TRAFIK BLOG. Kalau berminat nak share opinion korang, boleh lah klik sini : Santaikata : Apa kata blogger tentang trafik blog.

Ada hadiah menarik sehingga RM300 & hadiah misteri menanti.. :)





28 August 2013

My Another Blog

assalamualaikum.
entry ni simple je.. just nak sharing dengan teman-teman bloggers kesayangan ayu.
seperti korang sedia maklum, ayu punya hobi ni sewing & crafting.
so, sejak mula berkraf dulu, ayu abadikan gambar-gambar yang ayu buat kat 2 tempat.

2- FB PAGE - Ayu Zan Craft

so, kalau korang nak cuci cuci mata, bole lah jengah ke sana ya... :)

ni pulak FB PAGE utk blog ni. saje je create. kalau sudi, korang dipersilakan la like. kikiki. saje.untuk memeriahkan dunia blogging ayu. :)


Terima Kasih Daun Keladi. :)