Nuffnang

20 August 2014

Hadiah Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum

Ramai orang google tajuk tu kan? Ayu salah seorang yg dulu-dulu suka sangat google bila nak kasi hadiah wedding member.
Berdasarkan hadiah yang ayu terima hari walimah lepas, ayu akan share kat sini beberapa jenis hadiah yang sangat baik dan bermanfaat kepada pasangan pengantin baru. Kebanyakan hadiah-hadiah yang ayu senaraikan ni yang biasa-biasa dan mampu untuk dibeli lah.


1- Telekung & Kain Pelekat.

Ayu dapat hadiah ni dari seorang member baik sekolah menengah, dia kasi set dua benda ni. Sesuailah sangat sebab suami isteri memang guna. Time solat pulak tu. Allahu Robbi, semoga Allah memberkati si pemberi. Sebab bermanfaat sungguh pemberian ini.

2- Cadar/Comforter

Ada rakan dan saudara ayu yang kasi benda ni. Memang berguna la kan. Terutamanya yang sebelum kahwin guna katil single, haruslah memerlukan cadar queen bila dah kahwin. Seronok menambah koleksi bertukar-tukar cadar. Tidaklah ia satu warna sahaja setiap minggu. Lagipun cadar tak mahal, kat katalog-katalog banyak kan? kat Jusco dan Tesco pun banyak pilihan.

 3- Tupperware/Mangkuk isi lauk/tomyam/sup

Tupperware kan satu brand yang sangat berkualiti. Haruslah terkinja-kinja bila mendapatnya. Ayu dapat 1 set canister tupperware yang dalamnya ada 3 pcs berbeza saiz yang harganya cecah ratus-ratus gak. Ouhhh.. happy bangat menerimanya.. hihihi. Selain itu ayu dapat dua mangkuk besar kaca yang biasa orang letak sup atau tomyam tu. hehe... best woo.. hihihi.. berguna raya kali ni bila ayu hidang mihun sup untuk orang datang.hihi

4- Alat Elektrik

Yang ni ayu dapat blender dari saudara belah suami. Ayu dah ada dah blender ni. Tapi ayu simpan lah, esok-esok rosak ada lah spare nya. hihihi. Selain tu ayu dapat sanwich maker, toaster, coffee maker dan dua biji thermopot. Tu semua dari kawan-kawan. Kalau korang berduit. hadiahkanlah tv ke, mesin basuh ke, peti sejuk ke... hihihi..

5- Periuk, kuali, set pisau, set canister dan lain-lain alat memasak.

Haaa..yang ni memang ayu super eksaited menerimanya. kawan ayu masa kerja bank yang hadiahkan kuali non stick dan ofcos ayu menyukainya sebab kuali tu nonstick. masak lah apa pun tak melekat. hihihi. dia kasi besar lak tu. tapi tak ingat la apa saiz dia.. rasanya diameter 30 cm tak silap. Kalau korang nak berikan hadiah jenis set memasak kat dapur ni amatlah ayu setuju dan recommended.


Sekian untuk malam ni. Nanti ayu sambung lagi dalam Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 2 ya. hehehe.

Korang boleh juga sharing kat komen apa hadiah best yang korang terima masa wedding korang. atau apa hadiah yang korang pernah beri kat kekawan korang..


8 comments:

sYiRa LoKMaN said...

kne bg brg keperluan..hehe

Cik Aann said...

baru nak belikan quilt set utk adik2 saya yg baru kawin hari tu.. dua adik kawin serentak..jadi kena bagi hadiah yg sama..takut jeles..hehe

Mobile Water Filter? Ade ke?

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui lbh suka kalau hadiahkan sesuatu yg beri kebaikan utk pemberi dan juga penerima.

mcm telekung, buku ilmu..

azizah :) said...

bagus bagi telekung n sejadah tu kan.. mmg berguna..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, alhamdullilah. bestkan jadi pengantin. macam2 hadiah dapat ~~~

ikhwan yusuff said...

Dah cukup lengkap satu set dapur tu Sis..Banyak..:D

cik violet said...

Cadar. Hadiah plg best dan bguna. :)

nik ros said...

cadar dan telekung.yg ni selalu kita guna :)