Nuffnang

03 August 2014

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum

dah seminggu berhari raya baru je jengah blog kan. Raya sakan di kampung sampai tiada kesempatan nak berblog. :)

Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama beraya bersama suami tercinta. Dan kite kasi can kat suami lah berpagi raya di belah suami. hehe. Tak pe, tahun depan kalau ada rezki dengan baby sekali pagi raya kat rumah mak pula. :)

Pagi raya ;)
Tapi syukur, dapat mertua yang sungguh memahami. Dah lepas salam-salaman maaf maafan, MIL suruh ayu dan suami ke rumah mak untuk hantar ketupat dan juadah raya. Dapat juga lah bersalam dan maaf-maafan dengan mak dan makan juadah raya mak even sekejap je kat rumah mak masa raya pertama. hehe

Nasib baik lah rumah mak dan MIL tu tak jauh sangat. Mak kat parit amal, MIL kat Serom 8. sape orang muar mesti tahu tak jauh mana. Dah siap 'munjung' juadah raya ke rumah mak, kami sambung beraya dengan MIL & family.

Raya ke-2 ke rumah mak pula :)

Raya ke-2 ke singgah raya kat air papan mersing 
 Gitulah sepanjang seminggu di kampung. Gilir gilir raya kedua belah pihak sebab dekat kan. Boleh la sehari di sana..Sehari di sini. hehehe

Alhamdulillah...



11 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wahhhh purple...selamat hari raya ayu dan maaf zahir batin...

ctfand said...

Syoknye kampung dekat2..akak ni walaupun satu negeri dgn hubby , jarak kampung macam dari kedah ke johor..hihi..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.alhamdullilah. raya pertama sebagai suami isteri ye. hehe tahun depan ler meriah kan, ada anak. sambut raya kat rumah mak sendiri. samalah sheila, tahun depan giliran belah keluarga kita. anak dah besar sikit nanti mesti havoc raya ~~~

Cik Itah@RRP said...

salam. selamat hari raya :)

memmet lenggeng said...

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin Ayu

Sally Samsaiman said...

berjalan sakan la raya ni ye..kejap sana kejap sini...dapat MIL yg understanding plk tu :)

Khai♥Rin : anies said...

SELAMAT HARI RAYA AYU SEKELUARGA

Mar Mansor said...

untunglah dekat ayu..senang merancang..

QasehnyaRania said...

untung lw dekat dekat ayu.
mudah nak gerak kan.
yeay dah nmpak baby bump :)
jaga diri tau.
makan kurma, pati delima, susu

selamat hari raya
maaf zahir batin dr ciksu

Sya Mimie said...

Salam syawal ayu.. :)
Ehh.. Sama la kita.. Thun ni kasi can kat suami rya umh mil dulu.. Hihi
Tp raya ptma tu mak dtng jgk umh mil sbb nak ziarah besan dia..

MaMa MuRsYiD said...

selamat hari raya ayu..