Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

09 February 2014

Oily! Roti minyak

assalamualaikum

Ayu ni bukan lah jenis baik sangat sampai tak makan makanan bergoreng, tapi kalau dah sampai gini gayanya... ayu gigit 1x, ayu punya loya sampai berjam-jam.

roti minya

Harga RM1, sosej belah dua je kat dalam cas 50 sen. Roti dan minyak cas 50 sen. tak ada rasa telor pon. Rasa minyak je. Sebab tu panggil roti minyak.

Oleh sebab da rasa minyak, ayu tarik la sosej konon nak makan dalam dia. Tapi, adeh. sosej dia pun sangat pelik rasanya. Mungkin sebab tekak ayu dah rasa minyak kot. huuu

Jangan lah macam ni, bahaya kan.. Memang tak kan beli lagi lah kat situ.

20 January 2014

Menu : Half Boiled Egg On Toast

Assalamualaikum.

amboi.. panjang sangat nama menu. Tu bahasa inggeris, in malay.. telur separuh masak di dalam roti bakar. hihi. French toast kata suami saya, tapi french toast sebenar tu adalah roti celup telur kalau tak silap.

Ni pun bukan ayu yang buat. sebab kalau ayu yang buat sarapan memang sangat 'melayu' la jawabnya. Lempeng atau jemput-jemput. hihi.. Weekend lepas, encik suami nak makan sarapan ke'barat'an sikit, so, beliau amik inisiatif sediakan juadah ni.

encik suami yang masak tau, puan isteri tukang tengok. hihi


oh! sedap ok. sebab kami memang suka kan half boiled egg.. hihi

simple dish je pun, tapi ayu share juga lah ya sebagai antara RESEPI MUDAH di dalam blog ayu ni. )

cara-caranya...
  • sekeping roti, ditekap dengan cawan, atau sebarang acuan berbentuk bulat, petak mahupun love. Suami saya guna cawan je. 
  • Kemudian, panaskan kuali leper(yang tak lekat) dan letak roti yang berlubang tengah tu. 
  • Letak sedikit marjerin di tengah-tengah lubang tu. 
  • Pecahkan sebiji telur di bahagian roti yang berlubang tu..kemudian, taburlah serbuk lada hitam(kalau tak nak pun tak apa). 
  • Tekapkan baki roti yang ditekap tadi ke atas telur tadi, dan terbalikkan roti tadi. 
  • Biarkan roti di bahagian bawah tu garing kejap dan..
  • siap untuk dihidang bersama sos :)

korang boleh pelbagaikan cara ya. kalau tak suka half boil, boleh je nak dadarkan dulu kemudian letak sikit je ditengah supaya cepat masak. Boleh juga add cheese dan rencah lain.. Fulamak, kalau add cheese, lagi gempaq rasa dia kot. mesti dia cair di dalam. ihihihi.. ok tak pe, lepasni ayu try buat letak cheese.

love,

ayu

25 August 2013

puding roti

Assalamualaikum.
Weekend balik kampung lagi. Ada beberapa undangan yang harus dipenuhi. Dan harini mak request nak makan puding roti. Haritu last buat mak kata tak puas makan. Hehehe
Ok kali ni ayu buat puding roti sama je. Cume sikit penambahan aksesori. Tambah bijan dan ceri lebihan buat cornflakes madu haritu. Ala..ni kan juadah sendiri. Belasah aje. Hehe..
RESEPI : http://ayuzan.blogspot.com/2013/07/menu-puding-roti-kukus.html
Resepi ayu ada tepek kat entry bulan lepas.. Bole rujuk kat entry lama-lama ya.. :)


Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10

03 August 2013

puding roti kukus lagi


Assalamualaikum.
Happy saturday kawan-kawan.
Mesti ramai je yg dah balik kampung.
Ayu, in shaa allah hari isnin malam selasa sampai muar. ;)
Macam mana sabtu korang?
Mesti ramai yg shopping sakan.
Ayu?
Ayu biasa je. Siang tadi pi Kip Mart masai, ngan mydin. Fuh! Penat. Penat tengok org. Sebab ramai sangat. Nasib baik 90% persediaan dah ready, lagipun ayu cube untuk bersederhana. Cume tadi dok melayan adik adik bujang mencari perkakas mereka. Cerewet lelaki u olls..
Ok, back to our tittle..
Semalam ayu buat puding roti lagi. RUJUK RESEPI : http://ayuzan.blogspot.com/2013/07/menu-puding-roti-kukus.html
Macam biasa la.. 1 minggu sekali buat. Sebab request dr adik-adik yf suka sgt makan.. Hihi..
Sorry xdpt nk BW byk2. Biasa la.. Weekend jd mcm ni. Nanti free ayu balas kunjungan ya. Tq.
Love,
Ayu zan
Published with Blogger-droid v2.0.10