Nuffnang

20 January 2014

Menu : Half Boiled Egg On Toast

Assalamualaikum.

amboi.. panjang sangat nama menu. Tu bahasa inggeris, in malay.. telur separuh masak di dalam roti bakar. hihi. French toast kata suami saya, tapi french toast sebenar tu adalah roti celup telur kalau tak silap.

Ni pun bukan ayu yang buat. sebab kalau ayu yang buat sarapan memang sangat 'melayu' la jawabnya. Lempeng atau jemput-jemput. hihi.. Weekend lepas, encik suami nak makan sarapan ke'barat'an sikit, so, beliau amik inisiatif sediakan juadah ni.

encik suami yang masak tau, puan isteri tukang tengok. hihi


oh! sedap ok. sebab kami memang suka kan half boiled egg.. hihi

simple dish je pun, tapi ayu share juga lah ya sebagai antara RESEPI MUDAH di dalam blog ayu ni. )

cara-caranya...
  • sekeping roti, ditekap dengan cawan, atau sebarang acuan berbentuk bulat, petak mahupun love. Suami saya guna cawan je. 
  • Kemudian, panaskan kuali leper(yang tak lekat) dan letak roti yang berlubang tengah tu. 
  • Letak sedikit marjerin di tengah-tengah lubang tu. 
  • Pecahkan sebiji telur di bahagian roti yang berlubang tu..kemudian, taburlah serbuk lada hitam(kalau tak nak pun tak apa). 
  • Tekapkan baki roti yang ditekap tadi ke atas telur tadi, dan terbalikkan roti tadi. 
  • Biarkan roti di bahagian bawah tu garing kejap dan..
  • siap untuk dihidang bersama sos :)

korang boleh pelbagaikan cara ya. kalau tak suka half boil, boleh je nak dadarkan dulu kemudian letak sikit je ditengah supaya cepat masak. Boleh juga add cheese dan rencah lain.. Fulamak, kalau add cheese, lagi gempaq rasa dia kot. mesti dia cair di dalam. ihihihi.. ok tak pe, lepasni ayu try buat letak cheese.

love,

ayu

20 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu. ohh maknanya telur dimasak dalam ruangan roti yang kosong tadi ekk? first time nampak, hehehe nanti nak cuba buat. hihi thanks ayu >_____<

ctfand said...

hampir2 sama macam resepi roti cheezy egg adik ipar akak. ada masa akak kongsi.. :D

nuyui a.k.a miss YUI said...

bru tau cmni..best2

cik atie said...

pernah nampak orang buat bentuk love lg.. n pernah terlintas nak try, tapi sampai ke hari ni xpenah cuba.. hihi..

Budu Bilis said...

huhu mcm sedap je:D

Mazatul Muhamad said...

breakfast yang simple tapi best!

Nadya Dyana said...

sedapnya :D

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedap tu ayu.. nak cuba buat juga la nanti..

Nurul said...

sedappp juga bekfes simple camni... ^__^

sinuha said...

Wah. Senang2... suka resipi yang simple.. sebab malas nak buat yang susah2. Hehehe

sinuha said...

Wah. Senang2... suka resipi yang simple.. sebab malas nak buat yang susah2. Hehehe

Ayu Zan said...

@Sheila Salim waalaikumsalam sheila. yup. begitulah kekdahnya. :)

Ayu Zan said...

@ctfand haa.. share laa kak. nnti bole kita try

Ayu Zan said...

@cik atie try la atie

Ayu Zan said...

@Budu Bilis memng sedap dap

Ayu Zan said...

@Mazatul Muhamad betul tu kak

Ayu Zan said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil) cuba la kak

Ayu Zan said...

@sinuha nanti try ya

memmet lenggeng said...

Sedapnya...favorite akak ni

Zamani Abe said...

mcm ni pun dah sedap tau