Nuffnang

05 January 2014

Hantaran Dari Pihak Suami

Assalamualaikum

eh, DIY hantaran diri sendiri pada belah suami lum tayang, dah tayang DIY by suami dan adik-adik beliau. hihihi gambar ni ayu snap sendiri pakai kamera biasa, nak tunggu gambar OP lambat kan. Takut basi dah citer nikah ni. Nanti nak citer majlis walimah pula.hihi

telekung jadi bunga

yang ni telekung. Telekung ni pilihan sendiri. telah digubah jadi macam bunga kipas. tak pasti lah lagu mana dia buat. Tapi cantik. Sampai sekarang sayang nak bukak. Simpan jela dulu.
kasut

Yang ni kasut. :) letak je dalam bakul. Kasut tinggi wedges. ni pun da tinggi benau da untuk ayu.

handbag
handbag. Sedang-sedang je saiznya. Suka sangat.

set wangi wangi
ni set Designer Collection R Series by Cosway. Ayu memang pengguna produk ni sejak dulu. So, bila suami tanya nak apa, perfume or set produk muka.. Ayu terus cakap nak cosway ni. Sebab kalau produk muka, memang tak pakai apa-apa kan. Rugi je kalau kasi tapi ayu tak pakai. Set ni terdiri daripada perfume, losyen, body shampoo, bedak dan body spray. Tips ayu : Kasi lah benda yang korang akan pakai. Bukan sebagai tayangan masa majlis je.


sejadah

Sejadah ni dia gulung dan ikat reben je. tapi pun cantik untuk ayu. ayu simpan gak benda ni. Sayang. hihihi. 

quran pelita hidup

Tafsir Quran. Tafsir ni misi kami ialah mengkhatamkan secara bersama-sama. Dan sekarang, suami guna ketika tadarus bersama. Suami baca, ayu ikut guna Quran ayu dan dia perbetul bacaan ayu yang almaklumlah, tajwid ayu bukan begitu cantik . Syukurlah dapat suami mahir mengaji. 
Dalam tafsir ini dengan panduan tajwid, hadis berkaitan surah serta sebab turun ayat. 

gula gula

Sebakul coklat + gula-gula + lolipop (da kena ambil separuh ni) Yang ni tajaan dari maklong beliau kalau tak silap.

buahbuahan
Buah. Pun dah hilang dah. Tinggal segitu masa ambil gambar keesokan paginya

sireh

sireh junjung ni, adik suami (adik ipar) yang buat. tapi pagi esoknya da senget benget. ehehhe. biasa la..

cincin

yang ni pula dulang untuk sesi serah mas kahwin dan sarung cincin. bantal cincin tu pengantin perempuan yang buat. hahahaha. simple je. buat bantal satin. dan keliling letak renda. belah atas tu buat bunga yoyo kecil-kecil hias dengan pearl. simple~! 

sekian, tu aje, untuk tatapan ayu (dihari muka) dan rakan-rakan yang sudi nak tengok hantaran dari pihak suami. 

11 comments:

Kisah Si Dairy said...

cantik semua hantaran tu ayu...by teh way...tak terlambat untuk wish kat ayu kan..selamat pengantin baru ye

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik semuanyaa..

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
selesai sudah kn.
selamat pengantin baru ayu

Mazatul Muhamad said...

Cantik! Selamat Pengantin Baru Ayu.. Love till Jannah key!

memmetlenggeng said...

Tahniah ayu..semoga menjadi isteri yang solehah

Uni Aqilah said...

simple, yet so sweet. tahniah ayu!

Khir Khalid said...

Tahniah.. selamat pengantin baru.. :)

dilaella Ella said...

cantik, selamat pengantin baru ayu ;)

ctfand said...

cantik..! akak suka warna purple..

Anonymous said...

Alamul amek anggur tp tak abeskn lg.haha. yg sireh junjung tu aq tau sape pnya keje...alamul!! Dy tmpang paut kat sireh junjung tu time nak bgun dri duduk.maaf3x. Haha

Karya Mahirah said...

purple theme, cantik... sama mcm akak dulu..