Nuffnang

21 January 2014

Menu : Puding Roti Kukus

assalamualaikum.

last week berweekend 3 hari bersama encik suami. Yela, kalau tak, ayu cuti jumaat sabtu, beliau sabtu ahad.. jadi, dapat lah 3 hari berminum petang bersama. :)

dimakan bersama sos kastard

Sebelum kawin lagi ayu dah gemar buat puding roti kukus, sekarang buat untuk encik suami pulak. Menu desert yang super senang. dan super sedap. Tu yang suka masak.

lepas kukus. :)

kalau korang tengah fikir nak masak desert, try la ni. dan ayu rasa ramai je yang dah selalu masak desert ni.

* resepi pernah dikongsi sebelum ni. cume ayu tambah telur jadi 2 biji dan tabur cip coklat.

bahan-bahan

Roti putih - ayu guna 5 keping - kuantiti secukup rasa
telur 2 biji
Susu cair - (setengah tin)
Susu pekat manis - 2-3 sudu besar 
Gula - 1 sudu 
esen vanila - 1 tutup
butter- 2 sudu besar cairkan. atau guna marjerin pun boleh
hiasan : 
kismis
cip coklat

cara-cara
  1. kocak telur + gula +esen 
  2. masukkan susu cair + pekat = kacau rata.
  3. sediakan loyang yang disapu butter tadi agar tak melekat.
  4. susun roti yang dipotong kecil dan sapukan butter cair tadi kat roti. (ni untuk bagi roti rasa lemak) korang boleh je curah rata butter tu kalau malas atau boleh sapu planta pada roti.
  5. lepas tu, masukkan bancuhan tadi ke atas roti yang disusun & tabur kismis dan cip coklat.
  6. Kukus selama 15-20 minit.
sos :

ayu guna susu cair yg ada baki 1/2 tin tadi + gula (ikut kemanisan yang digemari)  + air + tepung kastard (2 sudu teh) = masak sehingga dapat kepekatan yang disukai. tepung kastard dinasihatkan supaya bancuh dulu dengan air baru curah agar tak berketul.

selamat mencuba!! kalau korang longgok semua bahan then kukus pun mesti jadi punya, hihihi

16 comments:

:: Dhiya :: said...

Salam,
D nak share boleh? sebab haritu try buat kan...tapi tak jadi.pastu terus serik.

Nadya Dyana said...

sedapnyaaaaaa buatkan tuk Nad keke

Cik Mun said...

emmm..sedapnye...mun pernah buat dulu..tp mcm xberapa nak jadi..hehe

ikhwan yusuff said...

best tu..





azizah :) said...

adoii sedapnya... nyumny!

Khir Khalid said...

Sungguh menyelerakan.. :)

msredcheesecake said...

sedap nya...feveret sy, anak kurang sikit...hhee

cik atie said...

sedap.. pernah buat versi bakar je.. nanti nak try versi kukus pulak la..

Ayu Zan said...

@:: Dhiya :: silakan share dear. :)

Ayu Zan said...

@Nadya Dyana hihi.. jemput la dtg uma akak dulu

Ayu Zan said...

@Cik Mun kenapa ya xjadi? resepi lain ke?

Nurul said...

Hai, Ayu...

Memang sedapp puding roti ni... tp kalau k nrl buat kat rumah, yang makannya 2 orang je... huhu
tapi kalau teringin, k nrl buat jgk... k nrl bakar dlm oven puding roti ni, x pernah buat yang kukus lg... ^__^

memmet lenggeng said...

Selalu akak bakar, boleh kukus ye? Nak try nanti

Sally Yatiey said...

Sedappppp! ;)

Nad MamaZN said...

Ayu,
Elok plak entry ni saya baca arini..
Baru je lepas buat puding roti kukus jugak :)

Mar Mansor said...

sedapnye ayu..nampak mudah je..