Showing posts with label gubahan. Show all posts
Showing posts with label gubahan. Show all posts

28 January 2014

DIY Nikah : Gubahan Coklat Hantaran

Assalamualaikum

Ayu ingat tak de ape dah nak share mengenai DIY nikah haritu. Tapi memandangkan ramai yang google tersangkut kat blog ayu mencari gubahan coklat hantaran. Gambar hantaran ayu share haritu agak kabur dan tak jelas. (memang sangat tak nampak).

Agak ayu dah lebih 5x dah cume ayu je tak sempat nak review.



So, ni ayu share ya, simple je dari ayu.  Just main pacak-pacak bungkusan beg coklat tu. dan cari bakul comel, kemudian isi penuh coklat kecil cadbury + choclairs. (actualy, bawah dia ayu isi kertas, sebab , bakul tu dah isi 2 kotak coklat kecil+choclairs pun tak mahu penuh juga. Agar nampak penuh ayu letak la kertas carik-carik belah dalam dia. hahaa. (harap jangan ada yang follow)


Yang bawah ni dari pihak lelaki. Yang ni cun. Suka ayu.. beli 1 bakul dan hias ikut tema, sumbat je banyak-banyak gula dan coklat. Muai sangat. sebab diorang kasi gula-gula tu banyak sangat-sangat. Puas ayu agih pada sedar mara. hehe. Suami kata, ni mak saudara beliau sponsor. 


Di harap 2 jenis gubahan ni dapat bantu para b2b yang sedang menggali idea tu. :)

16 January 2014

DIY Nikah : Bantal Cincin

update : Ayu buka tempahan bantal cincin. PM ya.. Murah je.. RM 30 je untuk design di bawah atau lebih kurang dibawah. email je : ayuzan@hotmail.com / atau PM fb : Ayu Zan Gallery


Assalamualaikum. 
ayu teruskan dengan entri DIY Project yang lepas-lepas ya. 

Masa tu dah last minit juga, dalam 1 minggu sebelum, encik suami tanya, nak letak cincin macamna ya. setelah google, dapatlah idea-idea yang meletakkan cincin di atas bantal comel comel belaka. Dan, ayu pun laju-laju terus DIY.

Maka terhasillah seperti di bawah.

bantal cincin

Bunga-bunga pink tu ayu diy juga. Bunga yoyo. tutorial di sini. Tapi bezanya, ayu lekatkan manik 3 biji.

da senget-senget. ni gambar esok harinya. hihihi


senang je nak buat, dan kalau korang ada masa dan bajet lebih, boleh hias dengan lebih ekslusif.


sekian,

moga dapat menginspirasikan kalian yang memerlukan.

06 January 2014

DIY Nikah : Gubahan Hantaran

Assalamualaikum. Seperti yang korang tahu, hantaran ayu DIY je. Dan bunga pun DIY gak.Guna crepe paper. Tapi sayang, agaknya pengantin kalau da sibuk2 memang tak fikir nak amik gambar. uwaa.. ni gambar pun xcukup dan xsetting cun. kena tunggu gambar op gak kalau nak lawa. uhuhuhu


Ni set planner dan Pen. Ni memang encik suami yang request.


Ni sejadah. Sejadah ni ayu beli terbesar dan tertebal. konon berkualiti. tup2 nak gubah payah. jadilah tanjak besar.hehehe

Set UB Men. Memang beliau pengguna tegar produk ni. Yang kaler Hijau suami guna. Yang minyak rambut kaler merah tu saje je tambah.

Set Belt, wallet dan pen. 


Gajah duduk. Gubahan kain pelekat ni ayu gubah simple je. just uat kipas dan ikat pakai dawai halus.


Kasut. 


Coklat : ayu beli yang mini bar dua paket (siap beg dia) dan beli coklat cadbury kecik 2 pack + choclairs 1 pack. campur masuk bakul kecil. Hias sikit2. Sorry.lupa snap close up.

Buah masuk bakul je.

Kek coklat moist dari Makngah, ayu masuk wrapping paper macam hamper dan letak bunga keliling. Patut kek ni xde. tapi makngah suh kasi jugak. hantaran terjadi 12 sebab ayu memang ada order kek.. ahaha. mak kata,..xpe sebab itu adat je..

Pon xclose up. sob sob sob. 

3 hantaran ni last minit buat, tu yg xde close up.

Tu sireh junjung sponsor. kawan buatkan yang simple simple. haha
Kek sebelah tu yang terlebih dulang. Ada bunga yang dah terjuih la... ahaha

Untuk pengetahuan korang, semua benda kat hantaran ayu buat sendiri termasuk alas dulang dan bunga crepe tu. hihihi.so jimat lah ya. Even reben gold krim yanga ada pearl besar kat tengah pon ikat dan gam sendiri. hihi

Nanti sempat ayu cerita satu persatu mengenai penjimatan kos dan kepuasan men DIY ni. . 

05 January 2014

Hantaran Dari Pihak Suami

Assalamualaikum

eh, DIY hantaran diri sendiri pada belah suami lum tayang, dah tayang DIY by suami dan adik-adik beliau. hihihi gambar ni ayu snap sendiri pakai kamera biasa, nak tunggu gambar OP lambat kan. Takut basi dah citer nikah ni. Nanti nak citer majlis walimah pula.hihi

telekung jadi bunga

yang ni telekung. Telekung ni pilihan sendiri. telah digubah jadi macam bunga kipas. tak pasti lah lagu mana dia buat. Tapi cantik. Sampai sekarang sayang nak bukak. Simpan jela dulu.
kasut

Yang ni kasut. :) letak je dalam bakul. Kasut tinggi wedges. ni pun da tinggi benau da untuk ayu.

handbag
handbag. Sedang-sedang je saiznya. Suka sangat.

set wangi wangi
ni set Designer Collection R Series by Cosway. Ayu memang pengguna produk ni sejak dulu. So, bila suami tanya nak apa, perfume or set produk muka.. Ayu terus cakap nak cosway ni. Sebab kalau produk muka, memang tak pakai apa-apa kan. Rugi je kalau kasi tapi ayu tak pakai. Set ni terdiri daripada perfume, losyen, body shampoo, bedak dan body spray. Tips ayu : Kasi lah benda yang korang akan pakai. Bukan sebagai tayangan masa majlis je.


sejadah

Sejadah ni dia gulung dan ikat reben je. tapi pun cantik untuk ayu. ayu simpan gak benda ni. Sayang. hihihi. 

quran pelita hidup

Tafsir Quran. Tafsir ni misi kami ialah mengkhatamkan secara bersama-sama. Dan sekarang, suami guna ketika tadarus bersama. Suami baca, ayu ikut guna Quran ayu dan dia perbetul bacaan ayu yang almaklumlah, tajwid ayu bukan begitu cantik . Syukurlah dapat suami mahir mengaji. 
Dalam tafsir ini dengan panduan tajwid, hadis berkaitan surah serta sebab turun ayat. 

gula gula

Sebakul coklat + gula-gula + lolipop (da kena ambil separuh ni) Yang ni tajaan dari maklong beliau kalau tak silap.

buahbuahan
Buah. Pun dah hilang dah. Tinggal segitu masa ambil gambar keesokan paginya

sireh

sireh junjung ni, adik suami (adik ipar) yang buat. tapi pagi esoknya da senget benget. ehehhe. biasa la..

cincin

yang ni pula dulang untuk sesi serah mas kahwin dan sarung cincin. bantal cincin tu pengantin perempuan yang buat. hahahaha. simple je. buat bantal satin. dan keliling letak renda. belah atas tu buat bunga yoyo kecil-kecil hias dengan pearl. simple~! 

sekian, tu aje, untuk tatapan ayu (dihari muka) dan rakan-rakan yang sudi nak tengok hantaran dari pihak suami.