Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

07 February 2014

Sunset di Tanjung Emas Muar

Assalamualaikum

ehem. tak habis story lagi mengenai aktiviti masa cuti CNY. hihi

dalam pada ayu dan suami sibuk di rumah MIL sebab adik suami bertunang, suami sempat ajak curi tulang gi berdating di tg emas. Biasanya sape dok muar atau sekitarnya mesti tahu tempat ni kan? Tanjung Ketapang tempat monyet, tanjung emas tempat bersiar-siar. Ayu gi tempat yang tak ada penghadang tu, area sebelah masjid besar tu. Ingat nak tengok sunset, tapi malas pulak nak sampai ke magrib.

tepi sungai muar.

batu batu. air surut ketika ni

budak budak ramai

best!

Masa ayu gi ni waktu petang-petang dalam kul 6. Ramai betul orang jam tu. Mungkin sebab ramai cuti CNY.

dating kejap. hihi

Lepas dating tu, sempat menyinggah ke rumah mak ayu jap, lepas magrib gerak balik rumah MIL.. Maklumlah, kite Muar, Suami kat serom, Ledang je. Bonus disitu. hehe

15 January 2014

Dating : The Legend Of Hercules

Assalamualaikum

last week.. Jumaat malam ayu dan suami keluar nak gi shopping barang dapur. Tiba-tiba suami kata, barang dapur kita beli esoklah dan ajak gi tengok wayang.

hampir aje ayu cakap "eh mana boleh.. malam sangat dah ni" sebab terlupa kejap, kan dah nikah boleh berlarut malam dengan suami. Bukan ada orang nak marah pun berdating dengan suami sendiri. hihi.



Jadi, kami pon berdating ke Jusco Tebrau. Encik suami ajak nengok wayang citer Hercules tu. Personally, movie omputeh memang jarang mengecewakan. Action dia, gambar, audio memang selalu je baik dan tip top. Even CGI nampak bagus dan menarik, Tapi cerita ni tak mahal sangat kot.hihi. Selalu kan citer epik ni gempak belaka, ni citer hercules ni tak delah gempak sangat set dia. Kadang tak logik pun ada, sebab penggal kepala darah nya tak membuak. ahahaha

Cume rasa macam plot dia ada slow sikit. Yang rasa best dan bersemangat nak tonton masa si Hercules dan Sotiris ni berganding bahu menyelamatkan diri dan menyerang kerajaan King Amphitryon dan membunuh raja jahat tu.

Cume tu lah, ada sikit babak cium mencium (xoversangat. tapi agak lama) tu. Adeh, tak di sensored kan. Tak elok untuk orang yang datang bawak budak kecik kecik tu. Minda diorang boleh tercemar sebab dok tengok babak camtu. Ayu yang dah dewasa ni pun segan aih..

lagi satu, movie macam ni memang tak sesuai bawa kanak-kanak sebab Hercules digambarkan separuh tuhan separuh manusia (anak tuhan). Bahaya untuk pemahaman mereka. Kalau dewasa macam kita ni in sha allah dah cukup berakal nak memahaminya.

Overall, even cerita ni agak cliche,  ayu still kasi 3.5 bintang untuk Hercules ni sebab Kellan Lutz melakonkan wataknya boleh tahan baik even dia tak berapa famous. Ayu nengok beliau jadi Hercules macam nerd sikit. hihi. *ini pendapat peribadi ayu ya*

kami habis nengok wayang dan keluar dari jusco tu tepat jam 12.00 tengah malam. sempat snap gambar encik suami yang berselendang tu. sejuk la konon masa nak masuk tengok wayang. tengok, dok dalam tu tak sejuk langsung hall tu hari kejadian. haha

sempat snap gambar beliau je. gambar sendiri..xde.hehe