Nuffnang

07 February 2014

Menu : Kuih Lapis

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak buat kek lapis ni. Tapi bertangguh-tangguh. Semalam, terus buat. sebab adik lelaki saya ada, so, ramai sikit tolong makan.ehehe

Ayu share resepi simple ni ya

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 1 cawan
  • tepung gandum 1/2 cawan
  • tepung jagung 2 sudu (xde pun ok je)
  • 3/4 cawan gula pasir (ayu guna 1/2 cawan je)
  • 3/4 sudu teh garam
  • pewarna/sirap ros (ayu guna sirap ros, kalau pewarna kosong je rasa)
  • santan pekat 1 cawan (ayu guna santan kotak 1 cwn)
  • air 3 cawan.


cara-cara :
Panaskan air dalam kukus. Blend tepung,garam,santan,air.Kemudian asingkan pada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan merah. 1 bahagian boleh gak kalau nak kaler lain. Sediakan loyang yang disapu minyak, lapiskan lapisan pertama dengan putih dan masak 3-5 minit dengan api besar. Lapis kaler merah dan masak 3-5 minit. Lapiskan hingga selesai. Dah siap, sejukkan dulu baru potong. :)

kuih lapis yang senang

Hidangkan dengan air teh o dipetang hari.. haha.. suami ayu kata dia tak suka kuih lapis, tapi tengok laju je makan. konfius kejap. (*_-) kuih ayu leper je sebab loyang nya besar. kena beli loyang kecik la pasni.heehehe

6 comments:

Kisah Si Dairy said...

semalam mak bawakkan sy kek lapis jugak...sedap kan...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, wahh sedapnya. lama tak makan kuih T____T

Nadya Dyana said...

sedapnya :DDD

Zamani Abe said...

dulu kuih lapis sebesar ni, harga 20 sen je.. skrg klu dpt 20 sen pun, kechikkk je

Zamani Abe said...

dulu kuih lapis sebesar ni, harga 20 sen je.. skrg klu dpt 20 sen pun, kechikkk je

Khir Khalid said...

Wah.. sedap tu.. salah satu kuih feveret saya.. :)