Ni cerita minggu lepas.
Rasa-rasa siapa duk JB mesti tahu tempat makan steamboat cucuk-cucuk kat Dataran JB kan? Yang dekat jam besar tu.
setakat ni baru 2x gi try makan situ. Itu pun lepas bernikah dan suami yang bawak. Sebelum-sebelum tu tak pernah jejak. hihi
ada banyak lori yang jual cucuk-cucuk beserta kuahnya. Korang boleh baca kat sini untuk tengok pendapat ramai tentang lori/gerai yang sedap dan tak sedap serta mahal atau murah.
Dah 2x ni kami makan kat gerai no.8. Sedap sedap sedap kuah cicah dia. tu yang 2x masih tersinggah kat situ. Tapi tadi baca kat komenkomen orang ada yang kata paling sedap gerai/lori no.9. ouh. harus cuba lah nanti-nanti. Tapi tak tahu lah bila. hehe
sedap sedap. |
Steamboat ni dikira berdasarkan cucuk yang kita ambil. Setiap lidi ada harganya. Kalau tak silap ayu, lidi plain tak ada warna harga 50 sen. Lidi hujung warna merah RM1 dan warna biru RM2. So, korang pick pick pick dan nanti diorang kira. Masa 1st time makan, banyak amik cucuk kaler merah. so total bayar rm17.50. Yang 2nd time banyak amik cucuk biru jadilah RM24. hihihihi.
Ok lah, for those yang lom try, meh la try. makan sambil hirup udara JB. hek hek hek. pastu guling-guling kat dataran. :)
Till then, taa..
9 comments:
moning
singgah pagi isnin
nampak sedap tu ayu.. dah lama akak tak makan steamboat macam tu..
lama tak mkn steamboat...lapar...hhee
wah best2..nyum2..
Selalu jugak lepak situ..hehehee..
adoi..sedanye. bilalah bole makan steamboat ni. Last makan masa hani dalam perut..hihi
mmg suka makan kat situ..cuma kekadang selera terbantut bila rasa steambot cucuk dah masam...adoyaiii
Wahh bestnya.. dulu2 slalu juga makan ni sewaktu di JB.. saya slalu makan di pantai lido, berdekatan dgn hospital dulu ada medan selera.. di seberang jln banyak jual cucuk2 tu.. makan lepak di tepi laut menikmati permandangan s'pura hehee. Time tu dataran belum wujud lagi & skrng pula, medan selera tu pun dah takde.. dah jadi jln besar di situ.. nostalgia. Nice sharing Ayu.. :)
tb xske makan kat situ..cekik darah laa..kuah nye xbape sedap..xtau la mcm mane tekak yg lain..xsame kn..tp utk lepak2 boleh la ;)
Post a Comment