Assalamualaikum.
Takaful ni sejenis perlindungan dalam islam. Sama konsep macam insurans juga cuma beza nya sistem takaful ni islamic. Jadi telus dan halal. Ayu secara peribadi memilih takaful berbanding insurans. Yelah, kita wajib pilih yang syariah selagi mana mampu, kecuali Malaysia ni tak ada sistem perlindungan berbentuk syari'e ni. Kata Islam, ayuh sokong Islamic product & service. :)
Baru-baru ni ayu didatangi oleh beberapa sahabat yang masing-masing dok promote produk mereka. Semua dari TAKAFUL. Ada yang TAKAFUL MALAYSIA, ETIQA TAKAFUL dan juga baru-baru ni Great Eastern Takaful pula yang dikatakan mendapat award best operator takaful.
Ayu belum buat pilihan. Guna PM care company suami je kot buat masa ni. Dan guna klinik kerajaan je dulu. Ayu tahu, takaful ni keperluan. Memang nak pun. tapi pilih-pilih lagi. Yang murah(kira mampu lah), berbaloi, syarie' dan juga yakin tidak meragukan.
Buat masa ni ayu yakin dengan TAKAFUL MALAYSIA sebab buat research sikit pasal takaful ni, takaful malaysia katanya 1st takaful in Malaysia dan adalah juga gaya hujah promoter sahabat tu yang buat yakin sikit dan MAMPU bayar. ihhihih
Ape pulak kata korang? Share sikit kat ayu. Menambah info sedia ada ini..
1 comment:
Takaful mmg bagus & amat perlu dlm zaman skrng ni.. Insuran yg biasa tu klu diikutkan boleh dikatakan haram sbb ada unsur2 perjudian & ramalan..
Post a Comment