Nuffnang

25 February 2014

'Sis' ketika jual beli

Assalamualaikum

hehe, saje je nak up story ni. Ayu kan seller online, juga buyer online.
Kalau shopping kita sms/text/pm kan, mesti macam jadi kebiasaan panggil si penjual tu sis.
begitulah sebaliknya.

Alkisah pernah 1x tu saya panggil buyer saya sis masa dia nak beli tasbih. Sebab, saya baca nama dia nama perempuan. Rupanya dia lelaki. "Maaf puan ayu, saya Suh***i BIN ***." hihi. Sungguh-sungguh ayu ucap maaf kat beliau. Nasib baik encik tu tak cancel order. Adeh.. (-_-)

Lepas tu satu kisah lagi, FB dia PM ayu, namanya SHAM SUL, gender : Male. Ofcos ayu formal, panggil encik. Tiba-tiba masa whatsapp pula, dia cakap, dia perempuan sebenarnya. Nak menyorok identiti masa mencari goodies untuk kahwin dia, takut kawan-kawan terdekat tahu tu dia.hihihi.

Macam macam kan.. Kadang tu tak nak ber'sis' ni, tapi macam jadi trend pulak. hoho

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ye la kan

JunAina said...

Perkataan mudah 'sis' adik boleh kakak boleh...

Mar Mansor said...

memang pon..sekarang ni trend panggil sis..
macam lelaki.."hello bro.."- dah lama kan..

msredcheesecake said...

biasalah tu kekadang tersalah..hhee

ctfand said...

macam2 kan..ye lah..alam maya. tak nampak muka, cuma nama. nasib baik encik tu tak terasa hati..hehe... sporting gitu.. :)

Uni Aqilah said...

Hahahahaha... macam2 kisah ye. tak sangka panggilan "sis" pun boleh ade kisah mcm ni. :)

Amirah Shaharuddin said...

dah terbiasa sebab perempuan memang suka shopping.ada online shopping yang handle lelaki tapi ramai customer panggil 'sis' hehe