Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

26 January 2014

Gitar

Assalamualaikum

harini
saje nak tepek gambar.

gitar biru itu

gambar ni bahagian bawah gitar suami ayu.
gitar kapok ni berusia kira-kira 6 tahun dah sekarang. Dibeli oleh beliau masa study di Matrikulasi N9 lagi.

27 Januari
first time menyambut ulangtahun kelahiran sebagai seorang isteri kepada dia.

ucapan untuk diri sendiri :
Semoga Allah memberi peluang kepada ayu menjadikan medan rumahtangga sebagai jambatan menuju ke syurga.

:)

24 October 2013

Perpustakaan Di Rumah

Assalamualaikum

malam ni ayu nak share sikit impian ayu sejak dari zaman sekolah.
ni perpustakaan mini betul ni.hehe..
Nak miliki 1 perpustakaan mini kat rumah. Memandangkan tak ada dana, ayu mulakan dengan rak kecil untuk susun molek-molek buku yang dimiliki. 
Rak buku dua tingkat ni jadi pilihan. Ini untuk rumah ayu kat JB. untuk rumah mak kat kampung pun ada 1 rak lagi (3 tingkat). Dan beberapa buku lagi kat tempat kerja. Buku belum banyak koleksi, masih kira diperingkat awal mengumpul buku-buku. Sebulan 1 buku.

Masa usia kanak-kanak memang ayu dan buku tak dapat dipisahkan. Masuk pertandingan bercerita sejak umur 6 tahun dek kerana minat baca buku cerita.  Mak kata, ayu tak ubah macam arwah abah, minat membaca sangat-sangat.

Zaman remaja pula, ayu banyak membaca jugak tapi lebih kepada buku-buku versi novel-novel cinta dan majalah pula Dara.com. 

Tapi mungkin sejak umur meningkat dewasa ni, bahan bacaan jadi berubah lebih matang. Ayu jadi berfikir lebih jauh untuk mencari bahan-bahan yang menginspirasikan diri untuk menjadi lebih baik. Yela...umur-umur macam ni bakal-bakal jadi isteri dan kalau Allah izin satu saat nanti mesti lah nak jadi ibu juga, ofcoss la ayu nak jadi ibu yang berilmu. Agar anak-anak pun mencintai ilmu. :) Mak borek, anak rintik. hihi. Jauh kan fikir..hihihi

Ayu ada beberapa contoh sumber inspirasi perpustakaan di rumah :

ni perpustakaan rumah wardina safiyyah.
ayu suka kalau design bilik/ruang tu boleh jadi ruang solat dan mengaji juga. 

yang ni classic ni. sejuk mata memandang
banyak kebaikan perpustakaan di rumah ni. Ia memupuk minat membaca terutama buat kanak-kanak. Mungkin pada sesetengah individu, banyak bahan boleh baca kat intenet aje... tapi ayu tetap suka kat cara membaca tradisional dengan buku berbanding e-book. Sebab rasa puas dapat tengok buku-buku tu. hihi (-_*)

Nota : Korang ada tak pasang impian macam ayu?

22 October 2013

Rumahtangga Sakinah

Assalamualaikum.

Ayu share dari FB Ustaz Dr Zaharuddin.


tatkala membacanya..pun rasa 'sakinah' dah. Apetah lagi kalau merasai sakinah itu dalam rumahtangga kelak. 

moga bermanfaat buat semua. :)