Showing posts with label agar-agar. Show all posts
Showing posts with label agar-agar. Show all posts

27 September 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak masak agar-agar gula melaka ni. So, malam tadi sesuai lah. sebab.. malam ni, ayu akan balik ziarah mak kat Muar, boleh bawa buah tangan. hehehe

even rupanya tidak lah lawa mana.. Ayu tetap tapau bawak gi tempat kerja. hihi. alhamdulillah, dapat sharing dengan kawan-kawan dan diorang ofcos suka. Nanti ayu baiki lagi mutu masakan ya.. :)

potong pon senget tapi tetap nak tepek.. hua hua hua

Dan dah lama juga simpan resepi kak yatie ni. Kata kak yatie, dia ambil dari Kak Naz. Izinkan ayu share pula ya..

Bahan-bahan

1 paket agar-agar serbuk (10g)
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka 250gm - ayu pun xcukup
1/4 cawan gula
250ml santan pekat (ayu guna 100ml santan kotak  + 150ml air)
Telur 1 biji
secubit garam
*daun pandan - ayu tak letak

Cara-caranya

  1. masak gula melaka, gula pasir, air 1 cawan hingga didih dan larut. Tapis dan tambahkan air(ambil dari 1 liter air tadi) hingga jadi 2 cawan bancuhan gula tu.
  2. masak air + agar-agar hingga didih 
  3. masukkan air gula tadi.
  4. kocakkan telur + garam dalam santan dan masukkan dalam didihan agar-agar tadi
  5. masak hingga didih-menggelegak menggunakan api sederhana dan jangan berhenti kacau. Biar menggelegak selama 1-2 minit. Ingat kena bagi dia didih dan menggelegak lama. Tapi kena kacau agar tak membuak keluar. Kalau tak lama, nanti nampak santan tu berbintil-bintil. baru lah jadi berlapis. :)
  6. masukkan dalam acuan yang telah dibilas air. dan sejukkan sebelum dipotong. :)

Okey, sekian.. selamat mencuba.

Nak tengok resepi yang ayu share kat sini? Jom : Resepi Mudah Ayu Zan.

29 July 2013

Jelly Mould Baru

Haritu masa kat muar,
jalan-jalan kat kedai besar nama "APPLE LADY"
belek sana sini
pastu terjumpa cetak nak buat jelly/agar-agar yg comel lote.
ada banyak bentuk.
tapi saya amik yg kat bawah ni.
tergoda lak tengok ada bunga ros tu.
murah pulak tu. xsampai rm2 pun.

dan semalam apa lg, konnyaku serbuk tu ada, ayu pun masaklah ia.

tapi, pewarna pulak xde..
belasah ajela pakai kordial
base : sunquick oren
bunga : sirap
daun : calamansi (tapi xbape nak hijau)



selebihnya ayu masuk mould kecik-kecik dapat lah dalam 20 jelly.
dan pukul 10 malam, uda khatamkan 15 jelly tu.
balance 5 tu sebab dia kesiankan kakak dia la tu. heheh

nota :

jelly ni kenyal-kenyal ala ala sumi.
tu yg laju je makan.



28 July 2013

Agar-agar oreo

Assalamualaikum
Lama da x update kan?
Weekend balik muar, memang cenggini.. Kebetulan sabtu ahad di kampung ramai tetamu. So bz la sikit.
Agar-agar oreo ayu buat hari jumaat untuk berbuka. Dan bawa balik muar untuk mak sekali. :)
Actually, agar-agar ni sama je mcm lain-lain tu. Cume add kan oreo yg di patah-patah 2-3. (tapi ayu guna cream-O)
Resepi :
Agar agar serbuk 10 gm
Air 8 cawan sukat beras(ikut tahap keras yg korang suka ya)
Susu cair 1 tin
Cream o/oreo 1 paket (patah2kan)
Gula 3/4 cawan (ikut manis korang suka)
Milo *saje ayu nak kasi warna dia coklat*

Masak agar-agar+air+gula.
Dah didih + susu cair + milo jika suka.
Tabur oreo dalam acuan, dan tuang agar-agar tadi.

Kalau nak buat 3 lapisan(oreo cun kat tengah je)
Bole bahagikan 2 agar-agar,
1 putih susu. - lapisan tengah(oreo)
1 campur milo. - lapisan atas dan bawah.

*Tuang selapis(milo) ke dalam acuan, biar sekejap kasi dia beku sikit, pastu tuang lapisan putih dan tabur oreo di lapisan ke dua.  Biar lapisan ke2 beku kejap, pastu tuang lapisan atas (milo)
Tapi, ayu belasah 1 warna aje. Kui2.. Sebab nak cepat la. Apa lagi.. Lapis bawah je smpat tunggu beku, lapis seterusnya, balun aje. Tu jadi 1 warna aje. Kikiki..
Pada yg suka makan agar-agar mcm ayu, Korang try la ya.
Nota :
Bole hidang ngan susu cair kalau nak versi kuah-kuah.. *ala..kita buat dia kan. Hehe..*
Love,
Ayu

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

21 July 2013

menu : puding laici dangdut

assalamualaikum.

sabtu lepas buka puasa kat kampung.
so.. semua adik-adik (kecuali uda kena overtime) ada..
ayu & mak bz lah kat dapur..

fikir punya fikir nak buat desert apa ya..
ok. ayu google. PUDING LAICI DANGDUT jumpalah blog Sinar Kehidupan 
nama owner blog kak yati. thanks kak for the resepi.

dulu pernah makan masa marhaban kat rumah jiran kat kampung.
tu teringat.  dan bila try.

PERGH!! YUMMY!

rasa mcm harini nak buat lagi je.

letak laici banyak-banyak. pastu makan dengan kuah laici tu sedap gak. boleh gak makan dengan susu cair. :)

HOW TO COOK?

bahan :
air 2 liter
susu cair 1 tin
agar-agar tali 28gm/serbuk 10gm
laici tin- 2 tin
gula 2 cawan

:)

1. air 2 liter + agar-agar serbuk 10g/tali 28gm = didihkan
2. campur gula 2 cwn (ikut suka manis u all) = didihkan
3. matikan api. campurkan air laici (asingkan buahnya) + susu cair.
4. tuang dalam bekas dan sejukkan.

hidang dengan buah laici yg di asing tadi. 
sedap jugak kalau makan dengan air laici tin tu. (i've try)
dengan susu pun sedap katanya..(belum try)

sekian..
senang kan?

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


06 October 2011

Menu : Jeli Berkuah Koktel

Assalamualaikum.

Harini aku MC.
kenapa MC?
mestila sbb xsihat.
ha ha ha

disebabkan xkeje.
aku mempunyai sedikit ruang masa.
so..aku telah merajinkan diri utk membuat desert.

inilah rupa paras encik desert aku.
nak bagi nama ape ntah?
Jeli Berkuah Koktel?
haha.ape saja lah 

even resepi nya sangat mudah.
aku nak jugak abadikan dalam bel0g ku ini.hihihi

JELI BERKUAH KOKTEL

Jeli
bahan-bahannya :

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
1 liter air (aku tambah sikit air lg.sbb xsuka keras2)
1/2 cwn kordial strawberi/anggur atau ape saja lah. kalau xda..letak je pewarna.*jgn ltk water color sudah*
3 sudu besar susu pekat manis
gula (ikut kemanisan yg digemari)
garam secubit


Cara-caranya :
Campur semua bahan.dan masak hingga didih.

nota : 
Susu sengaja letak sebab..merah garang sangat. takut. hehhe..bila letak susu tu..jadi suram sikit..sejuk mata memandang. malah..lebih creamy..enak dimakan begitu sahaja.

*****

Kuah Koktel
bahan-bahannya :




1 tin Susu sejat
2 cawan air
1/2 cawan gula (ikut kemanisan yang digemari)
1 tin buah koktel

Cara-caranya :
Campur semua bahan.dan masak hingga didih. *hihihi..senang x?*

nota : 
Ada orang suka pekat2..dia letak la tepung custard sikit. tp aku x..
semua yang senang dan ada kat umah..main campak2 je.

Sekian..

selamat menjamu selera.

nota kaki :
ketika entry ini ditulis..desert aku sedang laku.dah tinggal seciput aje.hahaha..

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


Salam Kasih,
Ayu Zan

08 September 2011

Menu : Agar-agar coklat susu pecah

Assalamualaikum~

salam malam jumaat.
m0ga jumaat kita semua terisi dengan benda yang baik.
ye x.?

0keh. here i wanna share dengan u alls.

i ni pecinta puding, k0nyaku jelly, dadih dan juga agar2(lengk0ng).

s0..harini i masak s0meting.

*Agar-agar c0klat susu PECAH.*

hehe..
ini lah ghupa dia..


u 0lls nampak x serpihan susu tu?
hik3..

tu yg make my agar2 styl0..saje i pecah2 kan.

ececeh..

*padahal..i xsengaja..sbb i xsaba tunggu dia beku..i dah kerat2 30 dia..tu yang pecah sikit.dah terpecah..i tuang aje..sayang membazir..*

kalah m0nafendi. hahaha...

0keh..

mahu tayang lah rupa setelah dip0t0ng..


hihi..sedap..

atas permintaan bakal adik ipar. ececeh..perasan kau ayu..
dia mintak resepi.

yang ajar i buat agar2 ni my kazen..*maaf ye kazen..i dah 0lah resepi..sbb yang susu tu lembut sgt*

bahan-bahan :
agar2 susu :

  • 12gm agar-agar yang tali tu
  • air 1 1/2 cawan
  • susu cari 1 tin
  • gula secukup rasa *1/3 cawan is en0ugh..manis buah gitu*
  • esen vanilla sikit.


cara-cara  buat agar-agar susu :

  1. basuh agar-agar dan tos.
  2. masak agar-agar, air,susu dan gula serta esen vanilla hingga larut dan didih
  3. tapis dia. kalau x..aje la ket0l2 agar2 tu nanti..
  4. then..simpan dia bagi beku. *mak kata..jgn trus masuk esb0x..nnti r0sak esb0x.*
  5. agak dah keras.. p0t0ng dia empat segi m0lek2..susun t0nggang terbalik atas l0yang supaya petak2 tu    nampak bila dah campur c0klat.

bahan-bahan :
agar2 cek0lat :

  • 10gm agar-agar yang tali tu
  • air 2 cawan *sbb xyah susu..s0..ltk la lebih*
  • gula secukup rasa 
  • *s0ry i lupa n0ted : paling utama..serbuk k0k0 1/3 cawan..
cara-cara  buat agar-agar c0klat :

  1. basuh agar-agar dan tos.
  2. masak agar-agar, air dan gula hingga larut dan didih
  3. masukkan serbuk k0k0
  4. tapis dia..
  5. then..tuang la dlm l0yang yang u 0lls susun petak2 susu tu.
  6. siap! tggu keras dan b0le p0t0ng dan makan........ =)


hehe..lain kali kita share lagi yep.

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Salam Kasih,

Ayu Zan