Showing posts with label masak. resepi. Show all posts
Showing posts with label masak. resepi. Show all posts

21 July 2013

menu : puding laici dangdut

assalamualaikum.

sabtu lepas buka puasa kat kampung.
so.. semua adik-adik (kecuali uda kena overtime) ada..
ayu & mak bz lah kat dapur..

fikir punya fikir nak buat desert apa ya..
ok. ayu google. PUDING LAICI DANGDUT jumpalah blog Sinar Kehidupan 
nama owner blog kak yati. thanks kak for the resepi.

dulu pernah makan masa marhaban kat rumah jiran kat kampung.
tu teringat.  dan bila try.

PERGH!! YUMMY!

rasa mcm harini nak buat lagi je.

letak laici banyak-banyak. pastu makan dengan kuah laici tu sedap gak. boleh gak makan dengan susu cair. :)

HOW TO COOK?

bahan :
air 2 liter
susu cair 1 tin
agar-agar tali 28gm/serbuk 10gm
laici tin- 2 tin
gula 2 cawan

:)

1. air 2 liter + agar-agar serbuk 10g/tali 28gm = didihkan
2. campur gula 2 cwn (ikut suka manis u all) = didihkan
3. matikan api. campurkan air laici (asingkan buahnya) + susu cair.
4. tuang dalam bekas dan sejukkan.

hidang dengan buah laici yg di asing tadi. 
sedap jugak kalau makan dengan air laici tin tu. (i've try)
dengan susu pun sedap katanya..(belum try)

sekian..
senang kan?

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan