Showing posts with label puding laici dangdut. Show all posts
Showing posts with label puding laici dangdut. Show all posts

19 June 2014

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum.
Bagi melunaskan hasrat tekak yang nak bersejuk-sejuk dengan dessert yang senang dan sedap... Ayu masak puding laici dangdut ni. Resepinya pernah ayu kongsi kat blog masa puasa tahun lalu tak silap.
Ni entry yang ayu share resepi puding laici dangdut.
Musim panas-panas ni sedap sikit makan puding puding gini. Laju je. Cume kali ni laicinya ayu potong kecik kecik supaya separuh boleh masuk dalam pudding sebelum sejukkan dan sebahagian ayu tabur atas.
Dan kalini ayu makan dengan susu..

21 July 2013

menu : puding laici dangdut

assalamualaikum.

sabtu lepas buka puasa kat kampung.
so.. semua adik-adik (kecuali uda kena overtime) ada..
ayu & mak bz lah kat dapur..

fikir punya fikir nak buat desert apa ya..
ok. ayu google. PUDING LAICI DANGDUT jumpalah blog Sinar Kehidupan 
nama owner blog kak yati. thanks kak for the resepi.

dulu pernah makan masa marhaban kat rumah jiran kat kampung.
tu teringat.  dan bila try.

PERGH!! YUMMY!

rasa mcm harini nak buat lagi je.

letak laici banyak-banyak. pastu makan dengan kuah laici tu sedap gak. boleh gak makan dengan susu cair. :)

HOW TO COOK?

bahan :
air 2 liter
susu cair 1 tin
agar-agar tali 28gm/serbuk 10gm
laici tin- 2 tin
gula 2 cawan

:)

1. air 2 liter + agar-agar serbuk 10g/tali 28gm = didihkan
2. campur gula 2 cwn (ikut suka manis u all) = didihkan
3. matikan api. campurkan air laici (asingkan buahnya) + susu cair.
4. tuang dalam bekas dan sejukkan.

hidang dengan buah laici yg di asing tadi. 
sedap jugak kalau makan dengan air laici tin tu. (i've try)
dengan susu pun sedap katanya..(belum try)

sekian..
senang kan?

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan