Nuffnang

06 October 2011

Menu : Jeli Berkuah Koktel

Assalamualaikum.

Harini aku MC.
kenapa MC?
mestila sbb xsihat.
ha ha ha

disebabkan xkeje.
aku mempunyai sedikit ruang masa.
so..aku telah merajinkan diri utk membuat desert.

inilah rupa paras encik desert aku.
nak bagi nama ape ntah?
Jeli Berkuah Koktel?
haha.ape saja lah 

even resepi nya sangat mudah.
aku nak jugak abadikan dalam bel0g ku ini.hihihi

JELI BERKUAH KOKTEL

Jeli
bahan-bahannya :

1 paket agar-agar serbuk (10gm)
1 liter air (aku tambah sikit air lg.sbb xsuka keras2)
1/2 cwn kordial strawberi/anggur atau ape saja lah. kalau xda..letak je pewarna.*jgn ltk water color sudah*
3 sudu besar susu pekat manis
gula (ikut kemanisan yg digemari)
garam secubit


Cara-caranya :
Campur semua bahan.dan masak hingga didih.

nota : 
Susu sengaja letak sebab..merah garang sangat. takut. hehhe..bila letak susu tu..jadi suram sikit..sejuk mata memandang. malah..lebih creamy..enak dimakan begitu sahaja.

*****

Kuah Koktel
bahan-bahannya :




1 tin Susu sejat
2 cawan air
1/2 cawan gula (ikut kemanisan yang digemari)
1 tin buah koktel

Cara-caranya :
Campur semua bahan.dan masak hingga didih. *hihihi..senang x?*

nota : 
Ada orang suka pekat2..dia letak la tepung custard sikit. tp aku x..
semua yang senang dan ada kat umah..main campak2 je.

Sekian..

selamat menjamu selera.

nota kaki :
ketika entry ini ditulis..desert aku sedang laku.dah tinggal seciput aje.hahaha..

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan


Salam Kasih,
Ayu Zan

No comments: