Nuffnang

18 December 2014

DIY Simple Nursing Cover

Assalamualaikum.

Eh. Kata da nak start cuti menjahit. Hihi. Tapi tadi dok syiok lipat lipat kain menjahit, dok terfikir..nk buat 1 simple nursing cover lah. Ayu tak la cadang nak NIP(nursing in public) tapi kalau tetiba keadaan mendesak, rasanya nursing cover ni membantu agar tidak mendedahkan bahagian aurat kita ketika menyusukan baby tersayang.

Berbaki 2+ minggu lagi nak sampai due date, sempat lagi ayu dok menjahit. Bukan apa.. Baik penat sekarang. Nanti masa pantang idok boleh memegang mesin lagi. Hehe..

Nursing covee ni ayu buat ikut apa yang ada jela ya. Kain pun cotton poly nipis je. Beli kat nagoya dulu. Korek korek balik corak ni jela yg agak besar dan sesuai untuk jadikan nursing cover. Sebab lain lain corak macam striking sangat. Takut baby tak selesa plus mak baby pun nnti segan segan nak pakai masa NiP.hihi


Ni pandangan dalam dan luar. Actually dia reversible. Dua dua side bole guna.


Kat hujung kiri kanan NC ni ayu letak kain flannel yang insya allah menyerap sebagai sapu tangan kalau-kalau perlu utk lap mulut baby. Hehe. Ayu ambil dari blog omputeh. Dia wat gitu.

Bahagian atas macam apron tu ikut yg ayu baca kena bagi dia keras dan lengkung agar dapat tengok baby dari atas dan pengudaraan juga baik. Biasa dorang guna benda keras nama dia "boning" utk bentuk lengkung tu. Tapi ayu xde, jadi. Pakai jela apa yg bole asal keras. Hehe.

Pastu. Utk tali.. Biasanya pakai D ring supaya mudah adjust panjang. Tapi ayu xde jugak dan malas nak g beli. Ayu gunakan 2 pcs ring (keychain) dan hasilnya tetap macam D ring gak. Cume kurang kemas. 

Apepun.. Kira oklah nursing cover hasil buat laju laju ni. Hehe. Nanti pas deliver ayu dan baby rasmikan ya. 

Sekarang nak prewash nursing cover ni. Nanti nak guna senang. :)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

senang kan

Fadzi Razak said...

Sayang sokong ibu ibu yang NIP. Mungkin mak mak rasa segan lagi sebab kat malaysia ni rare, jarang orang nak buat. tapi kalau kat oversea tu, dieorang selamba je.

yang penting, jaga aurat, jaga maruah. good job!

Nur As said...

waah okay jugak lah ni. Asalkan boleh guna dah memadai :)

QasehnyaRania said...

syoknya semuanya diy kan