Nuffnang

22 December 2014

Pregnancy : 38 minggu

Assalamualaikum

Esok rabu.. Genap 38 wk usia kehamilan ayu. Alhamdulillah.. Semakin besar dah baby kat dalam. Rasa perut pun makin bam bam dah. Hihi.

38 wk ni ramai je orang bersalin kan? Kawan kawan ayu ramai yang selamat melahirkan anak diorang dalam 37-40 minggu. Means..tak lama dah masa untuk anak ayu ni lahir melihat dunia.

Ummi dia ni masih kerja. Menghabiskan sisa kerja agar nanti cuti tidaklah ayu menyusahkan rakan rakan. Itulah target ayu.. Cuti bersalin ayu amik awal sikit lepas bincang dgn mak dan suami. Kekawan pun tengok macam ayu dah patut cuti sebab perut dah turun sgt katanya.

Maklumlah.. Kerja tingkat 3. Toilet tingkat 2. Pejabat nak punchcard tingkat 2 blok lain. Rumah pulak tingkat 3. Memang mencabar sikitlah. Hihi... Lelagi time da nak terkucil kena dok turun tangga lagi. Memang macam nak berlari.

Ramai yang tanya.. Larat lagi ke bertangga tangga gitu.. Insya allah boleh lagi. Da hidup dgn tangga dari sebelum nikah dan mengndung.. Jadi, insya allah tak ada masalah cume penat sikitla. Hehe..

Doakan ayu ye kawan-kawan. Moga mudah melahirkan dan lahir zuriat penyambung warisan ummi daddy ni sihat,selamat dan sempurna.. Aamiinnn..

5 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, soon or later akan lahirkan juga baby. yeayyy. semoga dipermudahkan ye ayu.. eeee tak sabar tengok ayu jadi ibu :)

Ayu Zan said...

Waalaikumsalam sheila.. Tq dear utk doanya....

Nurzakiah Hanum said...

insyaallah

najiah shaharain said...

insyaAllah amin..

ctfand said...

wahh...masa akak pregnantkan 3 anak akak tu..semua minggu ke-38... kira anytime dah ni ayu. akak doakan semoga semua urusan lancar dan dipermudahkan segalanya nanti... :)