Nuffnang

17 December 2014

Cloth Pad untuk Berpantang

Assalamualaikum

Usaha untuk bertukar daripada disposable kepada washable pad ayu dah mulakan dengan guna pantyliner.

Dan.. Selepas baca status seorang tukang urut wanita yang banyak inspired ayu untuk berpantang dengan baik iaitu search fb : Siti Aishah Confinement

Ini beliau share


Satu alternatif yang baik pada ayu. Sebab kalau takut tembus. Lapis bawah letak la maternity disposable pad utk elak darah kena seluar dalam. Yang penting. Bahagian intim kite tidak direct kepada pad pakai buang tu.

Oleh sebab ada kain flannel lebih. Akibat asyik membeli kain kain masa awal kehamilan. Ayu gunakan untuk jahit pad kain untuk kegunaan masa berpantang nanti. Baru siap 8 pcs sahaja pad untuk heavy flow sepanjang 12+ inch ni. Dan ada lagi 10pcs regular pad (bole la kot tukar pakai) yang ayu juga buat sendiri even jahitan memang kelaut. Dah nak menunggu hari bersalin ni, tak berapa fokus sangat. Sebab lama sikit dok mesin jahit dah mula sakit pinggang. Yela.. Da 37+ wk.. Da bole tutup buku menjahit dah hehe.. Insya allah minggu ni last menjahit. Next week nak kemas dah.. Simpan masuk bilik stor barang jahit.

Untuk cloth pad pelbagai rupa(sebab download pelbagai pattern utk try mana yang best) ada yang tiada lapisan waterproof. Itu yang mula-mula ayu jahit. Ada lah dalam 4 helai tak silap yang tak de lapisan kalis air. Sebab ayu sangkakan.. Lapisan tu kena guna material PUL je. Ayu memang tak sedia bajet utk itu buat masa ni. Untuk lapisan dalam pad ayu..majoritinya ayu guna flannel 2 lapis atas, towel, microfiber@towel lagi dan bawah skali lapis kalis air..

Lepas buat banyak pembacaan dan research kat pelbagai sumber blog malaysia dan omputeh. Ada yang kata..boleh guna kain payung juga. Kebetulan ayu ada 1 payung dah koyak kena cakar kucing... Ayu pun gunakan untuk jadikan lapisan kalis air(bawah sekali) untuk cloth pad ayu. Jimat sikit. Hihi. Lagipun nak guna sendiri je kan. Ok lah tu.

Ayu test dengan air..nampak gaya sesuai dipakai. Tapi testimoni sebenar hanya akan keluar selepas bersalin nanti. Hehe.

Maternity cloth pad hasil tangan ayu. Hihihi.. Mcm2 bentuk daaa..
Own collection. Pantyliner, regular pad dan heavyflow pad.

Sekian sharing ayu untuk kali ini. 

Nota : nak join GA ayu.. Klik sini ya.. Last day ahad ni.



5 comments:

izzeyda said...

menarik tuh..boleh la cuba kan..

Miqha Azmi said...

iqha pernah pakai dulu,,saje nak try,,tapii..memang best and comfort sangat2 berbanding yg pakai buang tu..
btw..iqha singgah sini sambil main2 klik nuffnang :))

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu.. nice boleh jahit sendiri. nak order dengan ayu je rasanya hehehhee

Ayu Zan said...

Waalaikumsalam sheila.. Alahai sayang kite jahit tak comel. Senget benget. Hihi. Awk orderla dgn otai-otai cloth pad lain..dorang buat lawa belaka..

Siti Asiah said...

Mmg kebetulan same la kite Ayu, Asiah pun tengah survey nak guna washable pad time pantang tapi masih xkonfiden lg nk gn. Ingat pas pantang la cube...nk try yg snowflow tu. Rajinla Ayu menjahit, pandai lak tu...leh wat bisnes la pasni...;)