Showing posts with label doorgift. Show all posts
Showing posts with label doorgift. Show all posts

17 August 2014

Kisah bisnes tasbih ku

Assalamualaikum

Lama dah ayu tak update berkenaan bisnes tasbih ayu. Baru-baru ni laptop ayu rosak dan terus tak boleh guna dah. Habis semua benda berkaitan tasbih dah ranap. Kena start dari zero. Memang sedih. lagipun laptop kecik ayu memang dah tak boleh support dengan benda banyak urusan. Netbook asus yang 3 tahun ayu guna tu sebenarnya spec dia kecik dan hanya untuk online je, tapi di lantakkan dengan pelbagai urusan termasuk edit gambar. So, encik suami dan ayu berbincang dan akhirnya membuat keputusan untuk membuat sedikit (EH.. BANYAK!) dengan membeli PC terus. Hehehe.. Harapnya urusan lebih mudah dan sejarah tak berulang lagi.

sebahagian darinya

Dan, ayu baru je restock tasbih-tasbih ayu. Ayu restok yang tasbih orang suka beli iaitu Tasbih Pesona, Tasbih Pelangi dan Tasbih Digital (boleh rujuk blog tasbih di LINK ini) Dan in sya allah ayu akan start balik tawarkan khidmat untuk buat doorgift tasbih ni jika masih ada customer yang berminat.
3 jenis pack ni la ayu tawarkan
sekian, kalau ada yang minat boleh ke link yang ayu sebutkan di atas untuk tengok jenis tasbih dan details harganya. Atau direct je dengan ayu +60103787836.

29 January 2014

Testimoni Pelanggan Tasbih

Assalamualaikum

Semalam kat entri ini, ayu cakap nak share testimoni pelanggan tasbih kan. So, ayu share beberapa ya.. :)
alhamdulillah. :)
Customer ni beli banyak for her wedding... Syukur beliau sukakannya..

sempat pun.. syukur.. :)

Customer di atas ni dia order 1 minggu sebelum nak guna. Untuk aqiqah baby dia. Last minit sangat-sangat. Tapi, kalau just order tasbih without packaging doorgift, pasti sempatlah. Sebab boleh terus pos. :) jadi, lepas cuti CNY ni, sesiapa yg rasa tinggal 1 minggu nak majlis, masih sempat lg order. 

order 600 :)

Customer yang ni pulak, asalnya beliau order 10 pcs sahaja sebab nak cek kualiti tasbih katanya. Then, keesokkan harinya bila dah tengok tasbih mini pesona tu,alhamdulillah terus add order lagi 590 pcs untuk majlis walimah beliau. :) In Sha Allah tak kecewa dengan kualiti dan kecantikan tasbih tu. :) 

Kalau ada yang minat, nak beli tasbih sahaja secara borong atau nak beli yang siap di pack doorgift, just PM ayu. 

Ayu.
call/sms : 0103787836
email : ayuzan@hotmail.com

28 January 2014

Bisnes Doorgift Tasbih

Assalamualakum

Just nak sharing dengan rakan bloggers, ayu telah hampir 1 bulan lebih meniaga Tasbih sebagai doorgift secara borong.

Bertitik tolak dari semangat nak jadikan doorgift majlis nikah ayu dulu tasbih, ayu telah menjadikannya salah satu cabang bisnes kecil ayu.

Alhamdulillah.. Sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan. Ayu dapat harga rendah, jadi ayu jual harga rendah lah ya. :)

Ada banyak jenis tasbih yang ada dalam koleksi stok ayu sekarang. Tapi, antara yang laju dan mendapat sambutan ialah 2 jenis ini :

Tasbih Mini Pesona

Tasbih Kayu Bermanik


Mungkin kerana designnya menarik dan juga harganya yang rendah, RM 1.XX mereka sudah boleh memilikinya, sebab tu ramai yang memilih jenis ini. Yelah, nak kasi doorgift ni sesuai yang comel,cantik, murah namun tetap ada manfaat.

kurang 100pcs : RM 1.80/pc + poslaju semenanjung RM6/ ss RM10

borong : percuma poslaju semenanjung
100-299 pcs : RM 1.50
300-499 pcs : RM 1.40
500-699 pcs : RM 1.30
700-899 pcs : RM 1.20
900+ : RM 1.00
1500+ : RM 0.90

Ada juga jenis tasbih digital. In sha Allah jauh lebih murah dari harga pasaran. Kalau kat luar tasbih digital ayu pernah beli dulu RM 5 paling murah. Tapi, kalini, ayu dapat jual dengan harga RM2.XX sahaja.


Pembungkusan Tasbih

Berdasarkan permintaan yang nak siap bungkuskan doorgift mereka, ayu sediakan 2 jenis packaging iaitu pack jimat dan pack uncang. Harga tasbih kena tambah sikit upah untuk pack. Ayu just pilih pembungkusan yang bermodal rendah agar dapat kekalkan tagline JIMAT tu. :) Lagipun jimat tak mesti tak cantik kan?



Nanti ayu share beberapa testimonial pembeli-pembeli ayu ya.. :)

Kalau ada yang berminat nak order, boleh berurusan terus dengan ayu :

Ayu.
call/sms : 0103787836
email : ayuzan@hotmail.com