Hampir setiap isnin, ada pasar malam kat Permas 1 ni, ayu mesti ke sana. Selalu ayu beli jagung rebus la. Memang favorite sangat. Encik suami pula, dengan rojak special kegemaran.
Serius ramai yang berkenan dengan air tangan pakcik ni.. Sampai beratur. Tak de main tempah tempah. order ambil sampai turn kita. dan pacik buat rojak tu on the spot.
Ayu pernah tanya. "Lama dah pakcik buat rojak?"
Jawab pakcik "Sejak ko belum lahir lagi. 1974"
Ayu balas sambil senyum tanda respect. "Masa tu mak saya pun kecik lagi pakcik."
