23 June 2014

Dating : How To Train Your Dragon 2

Assaamualaikum

badan ni belum lah hilang morning sickness nya.. tapi mungkin sebab dah terbiasa dan ayu dah boleh terima keadaan loya dan muntah ni, ayu jadi ok jer nak pi jalan-jalan. Kalau rasa tak sedap je tekak laju-laju pi bilik air dalam mall tu. Dalam kereta pulak prepare plastik. Dalam handbag ayu dan sling bag suami pun prepare plastik gak. sebab macam dah jadi benda biasa muntah dalam kereta. Kekadang balik kerja drive sorang-sorang pun tetiba meloya dan nak muntah. benti tepi. dan uwek uwek la dalam plastik. hihihi. maaf jika ada yang geli dengan statement saya. hihi.





tapi saja je lah ngengada nak cuci mata, tengok animation movie. suami pilih How To Train Your Dragon 2 memandangkan cerita tu tak ganas, tak pekik-pekik, tak bunuh-bunuh, tak de hantu. Sesuai untuk emosi ibu ibu hamil ni. hihi

Best movie ni. Kami pilih 3D. Even kartun je, jalan ceritanya ada jiwa. Buat kita masuk dalam dunia tu skali. Dragonnya pulak comel belaka lagi-lagi yang nama toothless tu. ihihi. toothless ialah naga watak utama tau. Watak utama manusianya pula nama Hiccup.

:)
Cerita ni mengisahkan penduduk pulau Berk yang pada asalnya tak sukakan dragon dan tak percaya dragon tu boleh berbaik dengan manusia tapi sekarang mereka menerima dragon dalam komuniti mereka. Malah siap jaga kebajikan dragon lagi. Ayu tak pernah pun tengok siri pertama cerita ni. tapi masih boleh faham dengan baik cerita ini.

Kartun ni bukan saja gembira-gembira aje. Ada part juga yang sedih bila bapak si Hiccup tu mati dan ayu siap ada dengar orang dalam wayang bunyi syrooott syrooot!... Siap bunyi hingus weh sebab nangis. hihi.. ayu tidaklah sampai gitu sekali. sekadar hampir bergenang air mata ada lah sikit. hihihi.

Apepun. Ayu bagi 4.5 bintang. Eh mana 0.5 bintang tu lagi? Tu sebab ayu pening sikit nak baca subtitle. Tak biasa tengok 3D kot. hihi. Baru 2,3 kali je tengok 3D.

Korang pi lah tengok. Best.. mesti tak rasa rugi. Kalau bawa anak-anak lagi sesuai.

ni ayu sertakan trailer movie ni ya.



5 comments:

JunAina said...

Muntah2 pon semapt lagi tengok wayang.

Mar Mansor said...

in sha Allah muntah2 tu kejap je..lepas dah hilang berganda lak selera makan..

QasehnyaRania said...

morning sickness pon sempat layan movie erkk hihi.
baby nak tgk ayu yg nak tgk ni :)
take care ye dik..

Unknown said...

citer yang menarik ni

Mimie said...

kena cri cerita nih