Nuffnang

18 June 2014

Resepi : Spaghetti Goreng

Assalamualaikum.

Alkisahnya ayu follow drama Kusinero Cinta yang tayang kat Astro Mustika lakonan Aaron Aziz, Jericho Rosales dan Tizz Zaqyah ayu terjebak dengan menu Spaghetti Aglio Olio yang Aaron masak dalam drama tu. hihi. FYI, ayu memang berantu sikit dengan pasta ni. Dari dulu suka sangat.

Nak masak Aglio Olio tapi Aglio je yang ada. Aglio tu bawang putih. Manakala Olio pula ialah minyak zaiton. Balik kerja semalam petang layan tekak yang tak bape sedap ni. Maklumlah morning sickness masih ada even dah nak masuk 12 weeks. Cume dah kurang sikit nak banding bulan lepas. Dah larat sikit nak bangun masak. Kalau tidak, melepek je sebab muntah tak semena. Kesian encik suami kena masak ataupun beli je. Dah sihat ni, kita rajin balik ek. hihi

Bahan dalam fridge sangat limited. tapi tetap nak makan gak spaghetti.hhihihi. maka jadilah ia spaghetti goreng versi melayu sikit.

SPAGHETTI GORENG

Bahan-Bahan:

Spaghetti Angel Hair San Remo-direbus(tambah minyak masak+garam sikit). Ayu guna spaghetti yang halus-halus tu. Suka makan jenis halus ni sebab kurang muak.
Dada ayam - di dadu kecil
1-2 sudu bsr - cili kering kisar
1 biji bawang besar - di dadu kecil
4 biji aglio (bawang putih) - di cincang halus
2 sudu minyak masak.
Sos tomato 2 sudu
telur 1 biji
oregano
serbuk blackpepper 

Cara-cara :
Tumis bawang putih, masukkan cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bawang besar. Masukkan ayam dan masak ayam hingga cukup masak. Boleh tambah seafood jika nak. Atau ganti dengan daging kisar. dan boleh add sayur yang sesuai.

Dah masak, masukkan sos tomato dan pecahkan telur. Masukkan oregano dan serbuk blackpaper sikit bagi rasa-rasa. dan perasakan dengan garam. Then, masukkan lah spageti yang dah rebus tu. Gaul gaul rata.



Siap... boleh plating lawa-lawa. tapi maaf. ayu lupa nak hias. dah kena ngap. hihi

6 comments:

cik atie said...

sedapnya ayu... atie teringin nak mkn bolognese tapi xkesampaian lg nk masak... hee

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

ctfand said...

ish..ish..ish...menyelerakannyaaaa.. ada masa nanti nak cuba. kimi tu suka makan spaghetti

CXopportunities said...

mcm menarik je. boleh cuba ni :) thanks for sharing! :)

Mar Mansor said...

menu y simple tp sedap..

QasehnyaRania said...

my peberet . hi hi i