Nuffnang

30 June 2014

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.

Belum terlambat rasanya ayu mengucapkan salam ramadhan almubarak buat semua teman-teman bloggers. Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 berpuasa. Macam mana kalian semua? Mesti baik baik sahaja kan?
Ayu pula, kali ni lah first time berpuasa sebagai ibu hamil. Dalam keadaan tengah morning sickness early 3 months ni memang tak mudah melalui ramadhan kali ini. Tapi, sedaya upaya ayu kuatkan diri untuk grab peluang berganda pahala ni. Selagi boleh tahan. Dan tak muntah berlarut larutan, in sha allah boleh untuk teruskan ibadah ini. Tapi kalau dah sampai muntah kuning 3-4 kali dalam 2 jam, terbaring, tak buang air kecil sebab dehidrasi memang kena lah berbuka. Allah bagi rukhsah pada wanita hamil.

Bertepatan dengan firman Allah,

"..dan jangan kamu membunuh diri kamu" (Surah Annisa 4 : 29)
"..dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (Surah Al-Baqarah 2 : 195)

Korang semua macam mana?
Mesti blogger yang ibu-ibu pernah lalui fasa hamil dan berpuasa macam ayu.



7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ye la kan jgn sampai memudaratkan diri

Sally Samsaiman said...

semoga baik-baik aje ye kak...berbuka kalau perlu...jgn paksa diri...

ctfand said...

Akak masa bulan puasa tahun lepas dah 8 bulan pregnantkan Hani. Memang tak puasa dah.. Tabah je la mengganti balik..he he

Khai♥Rin : anies said...

jangan paksa diri...ikut kemampuan

azizah :) said...

jangan paksa diri yer yunk.. tak larat buka je puasa

Putri Devina said...

marhaban ya ramadhan mohon maaf lahir dan batin

Mimi Azirah said...

semoga dipermudahkan..jgn pksa diri tau...if mampu teruskan