Nuffnang

16 December 2013

Permata Yang Dicari

Assalamualaikum.

Dah lama ayu tak share nasyid-nasyid atau pop ketuhanan yang ayu gemari. harini nak share 1 nasyid yang ayu suka sejak dulu.

Ada diselit doa di tengah-tengah lagu..

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

video Youtube di sini

dan doa itu juga menjadi doa ayu semenjak ayu mengenali bakal suami. Kerana, ketika itu, kita tak berani terlalu yakin. Hanya menyerahkan pada Allah yang esa, kerna jika benar dia untuk ayu, ayu mohon agar Allah menyatukan hati kami dalam ikatan halal. Jika dia ditakdir bukan jodoh ayu, maka ayu berdoa agar Allah melapangkan dada ayu untuk menerima ketentuanNya.

Sejak 2,3 bulan ni memang entri ayu berbaur nikah dan perkahwinan. contohnya kursus pra perkahwinan, projek diy veil, temuduga kebenaran nikah negeri johor, cuti jumaat sabtu, diy bantal nikah, bunga tangan dan lain-lain.

dikesempatan ni, ayu beritahu jelah ya.. Hari nikah ayu pada 28 Disember 2013 ini disambut dengan kenduri kecil-kecil bersama keluarga dan jiran. dan in sha allah walimah (jamuan besar sikit) nya akan ayu beritahu kemudian.

Atas permintaan mak , keluarga dan persetujuan kedua-dua belah pihak majlis merisik kira-kira di awal tahun 2013 yg dipercepat dari perancangan asal dan rupanya Allah merencana yang terbaik nikah juga awal dari rancangan, manakala walimahnya yang sunnah di kemudiankan.

Doakan segalanya lancar ya kawan-kawan. Ayu perlukan doa semua.

7 comments:

ctfand said...

Tahniah Ayu..moga semua berjalan lancar.. TErus update ye.. :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

alhamdulillah.. semoga segalan urusan dan perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

eintan nurfuzie said...

cik en amalkan doa yusuf.. alhamdullh.. ketemui sudah yg serasi di hati

Anonymous said...

Semoga Semuanya di permudahkan Allah. Amin Ak47.

Azlan Strider said...

lagi 10 hari rupanya..insyallah semua urusan perkhawinan ini akan dipermudahkan dan semoga ayu berbahagia disamping suami tersayang...amin...

Regards,
-Follower 330-

Invisible Me said...

Jangan lupa post gambar bebanyak nanti. Hehe

memmetlenggeng said...

All the best, semoga berjalan lancar dan berbahagia hendaknya