Nuffnang

12 November 2013

Sesi Temuduga Permohonan Kebenaran Nikah Johor

Assalamualaikum.

Siapa warga johor mesti tahu yang sesi temuduga di pejabat agama jadi satu kemestian sebelum diberi kebenaran nikah kan? Selalu je tengok rakan kenalan yang menggeruni sesi ini.

Di borang temuduga tu dia ada tuliskan general topic yang akan di soal :

  1. Dua kalimah syahadah
  2. Bacaan alfatihah
  3. Bacaan Doa qunut
  4. Munakahat
  5. Thaharah
  6. Tanggungjawab suami isteri.
Berdasarkan soalan-soalan yang kawan-kawan temuduga, soalan bab munakat dia tanya rukun nikah. Bab thaharah pula soalan berkait wudhu, mandi hadas dan jenis air. Soalan-soalan basic yang biasanya tak ada masalah bagi calon yang mengamalkan cara hidup islam untuk menjawabnya.

Bulan lepas masa ayu ditemuduga oleh ustazah tu soalannya macam tak ada dari senarai di atas.

Ustazah Sekolah agama sampai tahap mana?

Ayu : Darjah Khas.

Ustazah : Walinya nanti adik nombor berapa ni?

Ayu : No.2. Bawah saya.

Ustazah : Baiklah, ingat ya dik, solat jangan tinggal. Dah nikah nanti suami adalah keutamaan. Jadilah pasangan yang banyak berterus terang. Kalau tak suka suami buat apa-apa, terus terang cakap baik-baik. Dan kalau suami tegur wajib dengar dan ikut. Contohnya kalau suami pesan "abang tak suka awak join mesyuarat tingkap" jadi kenalah ikut ye idayu.Ingat ya, solat tu penting, jaga solat.

Okey, tu je la kot sesi temuduga ayu. hihi. lebih pada pesanan ikhlas dan ceramah ringkas dari ustazah tu. Berkali kali berpesan supaya menjaga solat.

selesai..alhamdulillah

****

Nota Kaki : ayu join whohaa.com. simple ads website. tak perlu share macam 8share,churp2 tu. Just perlu buka tiap-tiap iklan campaign tu dan answer the question. tiap campaign 1x je peluang dapat point.. dapat point bukan dapat duit tau.. Boleh redeem voucher dan barang bila dah banyak point nanti. Ayu reg tadi, sekarang dah 260 point dah u olss. Minat? klik sini untuk sign up.

11 comments:

Bitt (double IS) said...

wahhh ada inteview jugak mehh... :)

Mr. Fizam said...

oh..time saya haritu kene semua yg dlm list..alhamdulillah passs..hehe..btw..sbg lelaki wajib tau suma tu..

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah settle dah kan..dulu kene interview pun lebih kurang macam ni je :)

JunAina said...

Kalau bersekolah agama tu rasanya bab2 agama ni tak ada masalah kot sebab tu dia tak tanya. Lg pun ustazah tu nak tanya mesti dia tengok org juga kot.

Darjah khas tu apa?

Khir Khalid said...

Alhamdulillah.. sy dah lepas di Pontian 14 tahun dulu.. pass semua hehee:D

Mar Mansor said...

akak 2 tahun lepas..cuma baca surah Al-Fatihah & doa mandi hadas besar..(bersama pasangan)..tu jek..

IntaNBerliaN said...

wah, ada interview gak yer.. akak baru tau psl ni.. sbb kat tmpat akak dulu xda temuduga plak

Yumida Huda said...

sure dup dap ni kan ayu
yumida dah lepas semua ni..alhamdulillah

wanariahamiza said...

Wah! kena temuduga juga.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. kena interview juga ke.. syukur ayu dah lulus kan..

IbuNoey said...

wah.ada temuduga jugak ye..tapi tak pe,ayu boleh jawab..;)