Nuffnang

28 November 2013

Jajahan Abang Burn Di Johor

Assalamualaikum

lama dah fenomena burger bakar abang burn ni. Cume ayu yang menetap di Johor ni aje tak pernah cuba. Sampailah ada rakan sekerja bercerita mengenai kesedapan Meat Ball Abang Burn. Ape lagi, terkejut kejap sebab kat mana dia makan? Rupanya Jajahan Abang Burn ni dah sampai ke JB dah. hehe. Dekat pulak tu dari rumah. Kira-kira 15 minit dah sampai kalau 'line clear'.

Dan sepantas kilat, malam tadi pergi mencubanya. Tempat tu sangat lah strategik, sebab depan money changer, ramai singaporean datang makan. Memang laris lah Jajahan Abang Burn di JB ni.

burger bakar kambing abang burn
burn cheese lamb

Peneman makan memilih Burn Cheese Lamb. Serius memang sedap burger dia. Daging dia homemade kan, tak da bau pelik pun kambing dia. Roti dia pun sedap. kikiki.. Harga nya RM 11.50. Burger bakar kambing memang harganya lebih tinggi dari beef & chicken. 

meatball abang burn sedap
meatball abang burn

Ayu pulak memilih menu Meatball Abang Burn. Harganya RM 9.90. Isinya ada meatball 10 biji dicurah mushroom brown sauce. Peh! sedap tau. Memang sedap dap dap. Tambah lagi ada Burn Wedges+Cheezy sauce. Katanya cheezy sauce tu abang burn homemade juga. Cheese dia banyak ok. Memang syiok. :) Pada ayu 10 biji tu banyak tau, tambah lagi ada wedges, memang kenyang. Belum 10 biji habis dah kenyang. hihi..

Alhamdulillah, ayu juga turut berpuas hati dengan servis mereka yang cepat dan pantas tu. Serta, kebersihan meja makan juga tidak mengecewakan. :)
Ni lah kiosk dia. 

Kat bawah ni ayu sertakan alamat Jajahan Abang Burn Di Johor Bahru buat rujukan rakan-rakan yang nak mencuba. Atau kalau ada yang dah cuba, boleh lah share pendapat, dan pandangan peribadi anda di ruangan komen. :)

abang burn di Johor bahru
JB abang burn
Info lanjut mengenai BURGER BAKAR ABANG BURN :-
nota kaki : Jom sokong produk orang kita. Daripada kita sokong produk barat yang menyumbang dana kepada israel tu.

12 comments:

Kenit Cinonet said...

phewwitttt! memang terbaik abg burn. Takyah pening2 nak cari burger lain dah, ingat burger ingat abg burn! (^_^)

msredcheesecake said...

Baru rasa sekali kat shah alam... Best...

Sukma Haron said...

sure sedap nie....yummy

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya.. tak pernah lagi akak mencuba burger bakar abang burn tu..

Uni Aqilah said...

oh kat bandar jb ye. ada masa bolehla cuba makan nanti.

Mar Mansor said...

wah sedapnya ayu...sangat mengujakan..

Khir Khalid said...

Pernah makan di shah alam.. mmg best. Wah.. eloklah dah ada kt jb.. thanks sharing Ayu.. :)

Nao Mei said...

wah....best nie....kalau kat sarawak ada..lagi best ...:)

ctfand said...

Tak pernah try lagi..kena cari nih! :)

thisni3zahata said...

Sedapnya tgk...huhu

wanariahamiza said...

Pernah makan sekali je. Tersangat amat kenyang. Fuhhhhhh.

IntaNBerliaN said...

alahaiiii terliur la plak... tp jauh benor.. kat sini xda lg