Nuffnang

06 November 2013

Tutorial DIY Bunga Crepe

Assalamualaikum

Memandangkan entri dulu-dulu ayu buat mengenai bunga crepe asyik menjadi pilihan hati peng-google. Ayu jadi serba salah, sebab mereka mesti google dan harapkan ada tutorial nak DIY sendiri crepe flowers ni.Tapi mereka mesti hampa entri tu tak membantu.

Memandangkan ayu memang tengah prepare crepe flower yang banyak, ayu share la kat sini ilmu membuat bunga murah yang kosnya kira-kira 15 sen untuk sekuntum. Kalau untuk DIY gubahan ayu rasa sangat jimat dan cantik. Dan boleh juga guna untuk buat bunga tangan mahupun bunga pahar.

Kos sekeping crepe paper jenis lembut ni yang ayu survey :
  • PK. Flowers & Gift Centre (muar) - RM 0.60 -Banyak choice & stok. Ayu beli sini.
  • Kedai buku Sin Sin (JB) - RM 0.50 - Mula-mula beli sini tapi stok sangat terhad.
  • Paper Lantern N Box - RM 0.50 - Online Shop ni ok jugak murah macam SinSin. tapi bila kira kos siap postage, ayu tak jadi beli, sebab kebetulan last week balik Muar, tu yang beli kat aunty kedai bunga PK tu.

tutorial bunga crepe mudah dan murah
crepe flowers


jom follow

1- Pilih jenis crepe yang dikendaki. Ayu memilih crepe paper yang lembut ala-ala tisu tu. supaya hasil bunga carnation nanti lebih kembang dan gebu. 

2- Bentangkan kertas tu dan lipat 2 sama besar. 

3- Lipat lagi sehingga membentuk segi empat sama sebanyak 4 set.

4- Gunting ia. (setiap set akan ada 4 helai sama besar)

5- Lipat dua lagi. Dan 4 set tadi akan mempunyai 8 helai kertas yang sama besar. 8 helai ni untuk 1 bunga yang kembang cun melecun bagi ayu. 

6- setiap set (8 helai) tadi di lipat mcm kipas. make sure jika mula lipat ke atas, penghabis juga keatas agak bunga nampak cantik dan seragam.

1 keping kertas crepe 60 sen ini akan dapat 
4 kuntum bunga jika ikut cara ayu.
seterusnya..
7- di tengah kipas tadi di ikat dengan dawai bunga halus. 

8- gunting dan bentukkan tajam/bulat di hujungnya.

9-  kembangkan kipas tu.

10- tarik lembut lapisan pertama atas kipas yang kembang tadi.

11- diikuti dengan lapisan seterusnya di kiri dan kanan kipas secara bergilir.

12- siapppp.. :)

dan boleh diolah mengikut tujuan masing-masing. Kalau nak buat bunga tangan, korang gabungkan dan hiaskan pemegangnya...

kalau korang tak jelas, boleh aje tanya di kotak komen ya...

UPDATE : Saya nikah pun guna bunga ni untuk hantaran. Tengok sini : http://ayuzan.blogspot.com/2014/01/diy-nikah-gubahan-hantaran.html

NOTA : AYU ada jual tasbih murah serendah RM 1.10 seuntai sesuai untuk doorgift. http://ayuzan.blogspot.com/2013/12/tasbih-sebagai-door-gift.html

14 comments:

Diya Hanun said...

cantiknyaa!! boleh buat lain kali lah mcm ni..

* OZIE MAHSA said...

masa kecik2 dulu macam2 jenis bunga crepe mak ajar, buat dari kertas crepe ni...macam2 warna ada..

Cik Mun said...

cantik..macam tu rupenye cara die..

dilaella Ella said...

cantik dan kreatif.. :)

memmetlenggeng said...

kreatifnya ayu, cantiknya

Yumida Huda said...

cantik la ayu..kreatif sgt
blh belaja buat nih
isi tabung nuffnang sini-sony

Azhafizah Md Nor said...

mudah je kan..hasillnya pun cantik :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nampak senang.. tak pasti akak boleh buat ke tak.. hihi..

Eraz Fadli said...

Assalamualaikum..

Agak-agaknya kalau orang tu tak de seni, boleh buat dengan cantik tak? Hehe.. :)

BTW ini satu tutorial yang bagus pada yang berminat..

http://www.erazfadli.com/2013/11/siapa-yang-sudi-beri-link-blog.html

Akeyla Azmi said...

wow

itu

sangat

CANTIK!!!!!!!!!!!!!! NAK BUAT GAK AH NANTI HHEHEHEHEHEHEHEHE

Karya Mahirah said...

wah menariknya... boleh cuba ni...

Kisah Si Dairy said...

tak kreatif buat bunga2 nie...cantik...kalau warna pink lagi cantik kan...

Kisah Si Dairy said...

tak kreatif buat bunga2 nie...cantik...kalau warna pink lagi cantik kan...

Myza said...

Salam..nk minta tips boleh?sy dh try buat ikut cara sis ni..tapi nmpak besarlah utk dijadikan bunga tangan..sy nak buat kecik sikit tapi x pndai nk bhgikan kertas crepe tu..huhu..mohon bantuan?:)