Nuffnang

19 November 2013

Pusara Di Lebuh Raya

assalamualaikum

Rutin pagi hari, menonton Tanyalah Ustaz sambil buat sarapan dan bersiap nak pergi kerja. Sepanjang cuti sekolah ni ayu bekerja sebagai staf akan masuk jam 8 pagi dan balik pukul 5 petang.

topik pagi tadi bertajuk Pusara Di Lebuhraya. Pada pendapat ayu, topik ini sangat baik dan berguna memandangkan semakin banyak kes kes kemalangan menyebabkan kematian di jalan raya.

Baru je beberapa hari lepas ayu menyaksikan kesan kemalangan di lebuhraya permas jaya ni. Sebiji motosikal tersepit di tengah antara saga FL (depan) dan belakangnya melekat Camry. Waktu itu jam 7 pagi+. Mungkin nak pergi bekerja agaknya.

Innalillah...

Penunggang motosikal itu tercampak 100 meter kebelakang. Dan ketika ayu melaluinya, mayat mangsa sudah ditutup dengan kain putih. Mengikut kata sahabat ayu, jika mangsa diselimut dengan kain putih, itu petanda mangsa muslim. Wallahua'lam. Jika benar beliau si mangsa beragama Islam moga-moga arwah pergi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Berbalik kepada Tanyalah Ustaz siaran pagi tadi. Ayu terasa nak berkongsi beberapa soalan dan jawapan ustaz Hanafi :


  • Jika jalan clear (malam hari atau kawasan tiada orang) bolehkah kita langgar lampu merah dan apa hukumnya?
  • jawapan : TAK BOLEH. Jika selamat tanpa langgar apa-apa. Ia berdosa ke atas diri kita. Jika kita terlanggar orang, kita berdosa pada orang yang kita langgar. Ustaz kata, mengikut dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh manusia di dunia ini dikira Hablumminannas..
Di bawah ni pula komen ustaz mengenai pemanduan laju.
  • Komen ustaz memandu laju 160km/j dan kemalangan menyebabkan kematian.
  • kereta yang dipandu 160km/j ke atas akan mengalami masalah apabila brek secara mengejut. kereta akan huyung hayang. Jika langgar orang yang menyebabkan kematian orang tersebut, berdosalah orang yang melanggar itu(yang pandu laju). 
Banyak lagi yang sempat ayu dengar penjelasan dari ustaz tadi. antaranya :
  • biasakan membaca surah alfatihah sebelum memandu/menunggang sebagai tanda syukur atas nikmat kenderaan
  • menggunakan rukhsah jama & qasar yang Allah beri buat musafir.
  • jika mati kemalangan tetapi menemui syurga Allah, maka bertuahlah. Jika mati kemalangan tapi menemui neraka di akhirat maka.. dua kali rugi. - kata ustaz hanafi.
  • zikir selalu dalam kenderaan.
dan macam-macam lagi lah.

Moga kita selalu berhati-hati di jalan raya. Dan moga Allah melindungi kita dan keluarga kita.

14 comments:

TelingaBulat said...

btol la ayu..skg ni mcm2..dkt high way permas tuh slalu gak ade accident..ngeri lak..nyawa mcm xde ape makne lak skg ni

Mar Mansor said...

rasa sayu bila terbayangkan kejadian..

Montana said...

Teringat lagu EKAMATRA----Pusara Lebuhraya

nuyui a.k.a miss YUI said...

maka patuhi sebaiknya.. in sha ALLAH.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

masih ramai yang menganggap melanggar undang-undang jalanraya tidak berdosa.. terima kasih di atas perkongsian ini ayu..

Mazatul Azura Muhamad said...

Langgar undang2 ni tak fikir keselamatan org lain.. Aci tak kalau cakap golongan yg pentingkan diri sendiri??

fatin wawa said...

nice sharing.. semoga kita semua lebih berhati-hati.. :)

IbuNoey said...

kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati tapi pengguna yang lain main belasah jer..

selalu kecut perut bila tengok orang yang langgar peraturan jalan raya..

Yumida Huda said...

tu la kan ayu, even klo kita mnjd pemandu berhemah tp klo org nyer jenis bantai jer
kebarangkalian kita turut terlibat sama pun tinggi
moga2 kita terhindar dri malapetaka di jln ry
isi tabung nuffnang sini-ikea

Khir Khalid said...

Perkongsian peringatan yg baik.. semoga menjadi iktibar buat kita semua..

Uni Aqilah said...

Sedihnye bile tengok ada accident di highway edl dan highway pasir gudang. Apatah lagi kalau ada yang maut macam yang ayu ceritakan ni. Huhuhuhu

Azlan Strider said...

thanks 4 da reminder..kadang-kadang orang selalu lupa pasal keselamatan jalan raya..baru2 nie ade satu kete memotong saya dalam keadaan waktu hujan lepas..lepas 15 minit, sy nampak kereta dia masuk longkang..

Regards,
-Strider-

Cik Mun said...

aminnn..

msredcheesecake said...

lahamdulillah, saya selalu zikir waktu drive....