12 November 2013

Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta ( Kit Terbaik Untuk Bakal Pengantin)

Assalamualaikum.

sharing is caring 
rancang wang sejak jatuh cinta

Entri hari ini ayu nak berkongsi satu bahan bacaan yang sangat baik untuk dibaca oleh bakal pengantin. Selagi kita semua belum kahwin, kita adalah bakal pengantin lah kan? 

Ayu beli buku ini tahun lepas, September 2012 masa belum ada ura-ura pun nak nikah dan sejujurnya buku ni memang banyak buat pencerahan. Buku ni sangat-sangat membantu dari sudut pengurusan kewangan secara berhemah termasuklah urusan kad kahwin, pemilihan baju, dan segalanya yang berkaitan perkahwinan.

Malahan, buku ini bukan sahaja baik untuk bakal pengantin, juga baik untuk pasangan yang dah menikah dan juga ibu bapa yang bakal mencorak pernikahan islami dan pengurusan kewangan terbaik untuk anak-anak.

dipetik dari FB shamsuddin kadir
sangat banyak perkara yang dikupas oleh penulis buku ini. Yang mana, setiap yang dikupas sebenarnya menyebabkan ayu berfikir dan menelaah setiap inci yang ditulis. Sebab semuanya ada kebenarannya. Memang masyarakat kita lebih suka "takut orang kata" dan Biar papa asalkan bergaya. Penulis cuba mengeluarkan kita dari kepompong itu.

Buku ini juga mengurai secara terperinci bukan sahaja mengenai keperluan sebelum, semasa malahan selepas pernikahan diambil kira. Yang mana, banyak yang bukan keperluan yang selalu diambil peduli sebaliknya 'kemahuan' yang didahulukan.

Ni FB penulis Shamsuddin Kadir. 
Ayu follow page beliau dan beliau sangat banyak berkongsi tips-tips kewangan islam yang mana, in sha allah boleh guide kita sikit sebanyak.

Kalau ada yang berminat nak order online boleh terus ke FB Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta.

sumber fb 

Nota : Korang! cepat cepat dapatkan buku ni ya! In Sha Allah bermanfaat. RM 25 sahaja. Murah tapi penuh berisi!

10 comments:

cik atie said...

macam best je...

yup, wang memang perlu di rancang dari awal.. kalo tak, merana la jawabnye... hihi...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus buku mcm ni..

Mizz Aiza said...

nampak menarik pengisian buku ini.. nak cari juga la nanti di MPH..

wanariahamiza said...

Buku berguna ni. Penting untuk yang baru jatuh cinta. Hehe.

Aefa Aerisya said...

macam best.. nnti ade masa aefa baca. tq share :D

Fatin Wawa said...

Alamak. Mungkin kalau dah ada calon nanti baru sibuk-sibuk nak cari kot. hehe..

Khir Khalid said...

Perkongsian yg sungguh bermanfaat utk mereka yg bakal membina keluarga bahagia.. thanks sharing.. :)

JunAina said...

Ilmu yang ada mungkin juga boleh dijadikan panduan buat org yg dah kahwin juga kot...:)

Siti Hajar said...

Banyak sangat ilmu yang dapat dikongsi dalam buku ni. Tunggu masanya nanti, nak beli la ;)

Eintan Nurfuzie said...

mmm... begitu berguna kan?