Showing posts with label inai. Show all posts
Showing posts with label inai. Show all posts

08 January 2014

Inai Pengantin Perempuan dan Lelaki

assalamualaikum.

Inai!

pengantin perempuan mesti pakai inai kan. Baru nampak berseri-seri. dan dari sudut hukum pun tiada masalah mahupun percanggahan berat samada boleh atau tidak wanita memakai inai. Cume selalu yang mengelirukan ialah lukisan ukir ukir pada tangan tu yang meragukan kan? Haritu ayu ada baca buku risalah hati yang banyak merungkai kes-kes kekeliruan masyarakat mengenai adat-syariat dalam majlis kawin ni. Topik pertamanya mengenai henna lah.

Nak ukir-ukir tu selagi mana lukisan ukiran tu bukanlah berlambangkan yang bukan-bukan, seperti kepala binatang atau berhala. Dan hendaklah inai itu tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali. Tetapi memang ada ulama mengatakan tidak boleh kerana menyerupai tatoo dan itu adalah budaya kaum tertentu. tetapi harus diingat, yang diikut itu india. india pun ada yang islam, dan selagi mana ia perbuatan itu tidak mensyirikan Allah, maka dibolehkan. Seperti mana barat menggunakan sudu&garfu, tidak jadi masalah kita ikut. (saya rujuk ustazah fatimah syarha) Wallahua'alam.. Hormati pendapat lebih mendamaikan.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
ayu pilih inai simple. selesa begini.

Dan untuk pengantin lelaki pula memang banyak khilaf ulama. Ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak. Kalau ikut muzakarah fatwa kebangsaan.. diharuskan untuk sebilangan jari pengantin.

Dan kebanyakan mazhab/ulama mengatakan haram kecuali untuk sebab perubatan kerana dikatakan inai adalah perhiasan bagi wanita.

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan

Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan keatas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Saya rujuk alhafiz.net

Dan

masa Nikah haritu, suami ayu memilih untuk tidak memakai henna ini kerana beliau kata beliau selesa follow pendapat Imam Syafie dan juga memilih menjauhi keraguan. Alhamdulillah, keluarga memahami pegangan suami.

Dan terpulang pada kalian. "Hormati perbezaan, lebih mendamaikan"

dan saya suka nak sebut di sini.. imam syafie berkata : "Pendapat saya betul, pendapat orang lain salah, tapi boleh jadi juga pendapat orang lain itu BETUL."

Jadi, hormati pendapat lain, sekalipun apa pegangan kita, selagi mana pendapat yang dikeluarkan punya dalil dan tidak lari dari Alquran & Assunnah moga-moga baik.



video ni ustaz azhar idrus ulas mengenai pemakaian inai untuk pengantin lelaki. Lihatlah, setiap hujah ada dalilnya. Moga-moga semua hujah dan pendapat dalam daerah pahala. in Sha Allah.

UPDATE : 

ni video mengenai cara kita menerima perbezaan fatwa.