28 August 2013

Tudung Pilihan

Assalamualaikum.

hehe. tajuk harini Tudung Pilihan. Dunia makin moden, makin banyak fesyen berkembang. Termasuklah fesyen tudung. 

Tudung Awning a.k.a tudung indon. 

Sekarang dah macam-macam brand kan. Inspirasihana, De Salma, Fareeda, Ariani dan macam-macam lah yang meletops. Ramai suka ni sebab mudah, ringkas, ekspress dan cantik. Ayu pun kadang-kadang suka. 
ayu with mak & adik dengan tudung awning
Musim raya haritu ayu pakai tudung ni sebab bila jalan-jalan nak kena berhenti solat kan. Jadi, tudung ni mudah di buka dan di pakai semula selepas wudhu/solat. Tak perlu nak berbutang,pin banyak-banyak. hehehe


Shawl / Selendang

ayu dengan pashmina labuh

Shawl ni pun dulu pernah menjengah hati ayu masa zaman ayu kerja bank. Bukan sebab kerja bank kena glam glam tapi sebab ayu belum ada kereta, ayu merempit, so shawl adalah penyelamat. ayu boleh pakai tanpa was was sebab bahagian depan tudung gerenti tak kedut. Banyak gak koleksi shawl dulu-dulu. zaman skrg banyak jenis dah ada.. Ada jenis pashmina (rekemen la sebab labuh), ada selendang bawal - Farah Iskandar, Half moon, satin, jojet dan macam-macam spesies lagi. 
pashmina lagi.
Shawl ni sesuai untuk muslimah yang nak menutup aurat + tampak stylish. Skrg ni dah malas nak stylish...so jrg2 la pakai selendang. hehe


Tudung Bawal/Akel

gambar masa form 5 smkbm. masa kat asrama, tudung bawal kitorg kena jahit tengah tu supaya xde muslimat yang dedahkan tutt..

Ha.. ni legend ok. 

sebab.. tudung bawal ni masih lagi menjadi pilihan hati kebanyakan muslimah termasuk lah ayu. hampir semua tudung ayu sekarang ni spesies ni cume lebih besar sikit bidangnya. 50". 

Biasanya ayu akan pilih brand Akel sebab material dia polyester 100% tu memang best bila pakai dan kainnya xjarang dan xpanas. Plus bila bidang besar, kadang2 mood nak belit-belit datang pun still boleh cover bahagian wajib tutup.

:)

Mini Telekung

Mini telekung ni jenis tudung yang siap berjahit. Material terbaik yang ayu recommend sini ialah Koshibo. Sebab masa zaman kat asrama dulu, zaman sekolah.. tudung sekolah atau tudung basahan biasanya ayu beli kain koshibo sebab dia sejuk, pastu senang bentuk.

gambar last day lepas SPM. my lovely kawan se-asrama

dan 
dan 
dan 

macam macam lagi jenis tudunglah.

tak kisah tudung apa, jenis apa... make sure kita jaga 1 benda ni iaitu AURAT. bukan tudung sahaja, perhati juga pakaian kita. Sebab tutup aurat tu arahan, suruhan, perintah Allah. 

So, kesempatan ni ayu nak ajak kawan-kawan audit diri kita. Yela, kadang-kadang diri kita ni leka. 

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). 
-Riwayat Abu-Dawud-

Nota buat diri sendiri :
Wanita berhijab belum tentu baik, tetapi wanita yang baik pasti berhijab. 
sebab apa..? sebab muslimat itu patuh pada suruhan Allah. 


9 comments:

Story Nadya said...

macam2 jenis tudung^^

norhasnizakhalid said...

macam-macam ada.. tapi tengok kesesuaian jugak.. mama ade yang tak senonoh.. hihi, bawal jugak lah pilihan mama...

yayaaa ismail said...

pashminaa tu lawaaa :D like it:)

Unknown said...

suka tagline last sekali tu :)

Lily said...

skrg ni mcm2 jenis tudung kan ada.. tp BAWAL tetap menjadi pilihan di hati Leeza..

Unknown said...

hehehe..mun pkai je semua tudung tu..

SK said...

orng bertudung ni cecantik.. hehehe :P

Masya said...

tak kisah shawl ke tudung indon semua pun suka .. janji senang pakai, cantik dan menutup aurat

Permata Malap said...

hehe..akak baru start jual shawl..tapi masih tak berapa reti nak pakai shawl..;)