Nuffnang

21 August 2013

Takziah : Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland

assalamualaikum.

sebak ayu baca & tengok tentang nahas tragedi ni.
Bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands semalam.

 37 orang terkorban
 16 orang cedera (14 parah)

total mangsa : 53 orang.


banyak dah kes kemalangan bas kat sana sebenarya .
Antara kemalangan bas di Genting Highlands 
5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.
30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.
29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.
16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.
Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.
30 Jun 1995: Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang.

kerja kerja menyelamat sedang dilakukan
membaca & mengikuti berita pun dah buat kita rasa sebak, apatah lagi dengan keluarga mangsa kan.
Alfatihah buat mangsa beragama Islam yang telah meninggah dunia dan ayu doakan mangsa yang cedera akan pulih.

nota : 
jalan macam ular kena palu nak gi segamat(dari muar) dan nak gi mersing (dari kluang) pun ayu dah keras-keras perut time drive, apetah lagi nak drive naik/turun genting.

2 comments:

Norhasniza Khalid said...

al fatihah dan salam takziah buat keluarga mereka..

IbuNoey said...

marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah..

akak semalam kecoh satu ofis citer psk exciden ni..msa tu akak tgh start sakit mata..