Nuffnang

09 July 2014

Menu : Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum

tekak ayu masih dalam selera on off tambah tak berapa berani telan makanan super pedas, takut muntah nanti menyakitkan. hihi .semalam teringin nak makan bihun putih tu. Balik keje, kita bersilat lah di dapur masak bihun simple ni untuk berbuka puasa. Sebelum tu dah tanya suami dah, kot kot dia tak berkenan ke, tapi dia ok je. Asalkan bihun, dia memang suka je. hehe

Senang je masak bihun singapore ni. Selalu makndak ayu yang dok singapore selalu masak time balik kampung.  Sekarang dah kahwin, kita masak sendiri je ye. hehe

Bihun Goreng Singapore

Bahan-Bahan (untuk makan 3 orang)

Bihun secukupnya
Bawang merah 1-2 biji
Bawang putih 2-3 ulas
Daging cincang 3 sudu besar (kalau nak lebih pun boleh)
Lobak - hiris halus panjang panjang
serbuk lada hitam - ayu letak dalam 1-2 sudu
tomato

hiasan - daun sup, bawang goreng

Cara-caranya :

1- Panaskan minyak, goreng daging cincang sampai agak masak, masukan bawang-bawang yang telah ditumbuk.
2-Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa.
3-Masukkan bihun yang telah direndam/celur.
4-Masukkan lobak. Gaul sebati.
5-dan last sekali masukkan tomato jika suka.
6-tabur daun sup dan bawang goreng. SIAP!!!

Maaf ya. Ayu ni kureng sikit nak tulis resepi ikut kuantiti bahan banyak mana. Sebab selalu masak ikut sedap rasa je. hihi. Tapi basic dia gitulah. Korang boleh adjust ikut kesukaan. Nak tambah sayur lain, fishcake, udang sotong ayam pun boleh. :)

12 comments:

Khai♥Rin : anies said...

nk sepinggan ;-)

BUNDA a.k.a KN said...

tengok pun dah sedap... bunda dah lama tak masak bihun goreng singapore...hujung minggu ni boleh lah buat..

wannur Syuhada said...

URMM...SEDAP TU...SALAM SINGGAH..:)

Azhafizah Md Nor said...

sedapnya..simple je menu berbuka kan :)

Raden Ayuhal Minsya said...

artikelnya yang bermanfaat,terimakasih resepnya,,

Mar Mansor said...

memang sedap..menu ramadhan ke2 kami tak silap

Ayu Zan said...

Memng sedap bunda. Simple tapi menyelerakan.

Ayu Zan said...

Kan kak mar. Simple tapi sedap

Hafiza AizZawa said...

rajinnya memasak..npk sedap.. nak bookmark resepi nie..

QasehnyaRania said...

bihun singapore mmg sedap..
letak la apa pon pasti layan
ciksu suka letak telur, udang.. :)

azizah :) said...

menyelerakan la...

Sya Mimie said...

Xpnh buat sndiri.. Tp ada la jgk mkn orng msak.. Senang rupanya bhan dia ye..