Nuffnang

13 July 2014

My Lil Caliph : Muntah Berdarah

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari tak up entry baru. Keadaan kesihatan sedikit merosot. Dah beberapa hari dalam minggu lepas ayu dah rasa kurang sikit mual mabuk morning sickness. Dah boleh berpuasa dengan lancar dan baik. Selera pun macam dah maju setapak dah.

Tup tup tanpa disangka sangka. Hari rabu lepas usai berbuka puasa makan bihun, ayu muntahkan 100% yang dimakan disusuli darah di penghujung muntah. Bukan ilusi sebab encik suami pun ada sama masa muntah tu. tapi masa tu ayu relax relax je. Tak fikir banyak sangat even dah menangis tengok darah banyak.

Lepas tu, esoknya tak ada masalah apa-apa. Sampailah malam sabtu sekali lagi terjadi, bila ayu lum pun habis makan, dah termuntah dan darah makin banyak. Dah muntah, gagah jugak ratah ikan siakap 3 rasa homemade sebab tengok sedap je. Lepastu dalam 1 jam lepas tu, muntah jugak ikan tu. Dan kali ni memang jelas darahnya. Siap tekap dengan tisu darah tu supaya boleh bawa rujuk ke doctor. Maklum saja, darah banyak tu luarbiasa untuk ayu. Memang termenangis kerisauan. Sebab sepanjang morning sickness week6-13 tak pernah pulak muntah berdarah darah.

Hasil kata doktor, bahagian perut nak hala ke salur makanan tu telah koyak dan luka. Sebab tu penghasilan muntah tu ada darah. Beliau diagnose dari warna darah yang ayu bawa. Katanya, kalau darah tu hitam, luka tu dari bawah perut. Ni merah hidup, maka dari atas perut. Kata doktor, ambil masa dalam 3-4 bulan untuk pulih luka tu sepenuhnya. Dan lepas ni pemakanan sangat kena jaga. Tak boleh pedas, tak boleh banyak, tak boleh minyak. Makan yang lembut lembut je. Makan sikit tapi kerap.

Gitulah kisahnya. Ada tak apa-apa nasihat ibu ibu di luar untuk segera pulihkan luka tu. Risau gak  nanti raya nak makan rendang cemana. Hehe.

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PAGI

* OZIE MAHSA said...

Harap Ayu bersabar dgn ujian. Moga cepat sembuh...

msredcheesecake said...

makanlah madu... n take ccare k...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, semoga dipermudahkan urusan mengandung kamu ni.. risau sheila baca. ayu jaga pemakanan tau ~~~

QasehnyaRania said...

betul tu ayu.kena jaga makan.
kurangkan pedas, goreng.
ayu bakar, buat sup sayur ke.. in shaa Allah..
susu jgn lupa minum.
amalkan makan kurma tau.sahur n berbuka.
ambik dlm kuantiti yg lebih pon oke

Mar Mansor said...

akak pula rasa seriau baca cite ayu ni..rasa nak pitam..adeii..
semoga luka dalaman y ayu alami tu cepat sembuh..
jaga pemakanan ye..

Khir Khalid said...

Bersabarlah... saya pun tak berapa reti nak cadangkan apa2. Cuma dari segi logik kena jaga pemakananlah kan. Jngn makan yg pedas2 & yg berunsur tajam spt nenas dsb... Semoga Allah permudahkan & cepat sembuh.. aamiin.

azizah :) said...

ayu jaga diri baik2 yer.. jaga kandungan tu..makan makanan yg sihat.. moga dipermudahkan

Sya Mimie said...

Jaga diri ye.. Kta alhmdulillah wlpn mntah smpai pnghujung 5month, xsampai kuar darah..