Nuffnang

14 March 2014

Onion Ring

Assalamualaikum..

biasa makan onion ring? suami ayu suka onion ring ni, pastu request kat bini suh buatkan. Beliau siap google resepi dan bacakan masa ayu nak prepare kat dapur. Tapi ayu adaptasikan ikut kesesuaian dan bahan yang ada di dapur kecil kami. Ayu siapkan bancuhan
dan assistant chef bantu gorengkan ia..
onion ring

Bahan-bahan (utk 3-4 org makan)
Onion ( 2 biji ) di hiris dan leraikan ring tu.

Bancuhan :
Tepung Gandum 6 sudu besar
Tepung jagung 2 sudu besar
Serbuk Cili 1/2 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu kecil
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Garam
Gula 1/2 sudu kecil
Susu cair 125ml
Telur 1 biji

Cara - cara :

Campurkan dan gaul rata tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, blackpaper, garam, gula.
Telur + susu dikocak guna garfu biar sebati. kemudian campurkan dengan bahan-bahan kering yang digaul rata tadi.
Celup onion dan goreng dengan minyak yang panas..

siap. Enak dimakan panas sebab crunchy.. :) kalau salut dengan breadcrumb lg yummy. hihihi

10 comments:

Aku Penghibur said...

wahh buat sendiri lebih berbaloi ^_^

nurfadilah suardi said...

mcm sedap jer.nak try lah

Kisah Si Dairy said...

tak pernah lagi buat ni ayu...klu buat sendiri lagi puas hati kan...
nak makan berapa banyak pun takpe...

❤Kamsiah❤ said...

dah lama plan nak buat tp tak terbuat jugak..

dilaella Ella said...

belum pernah cuba lagi, mesti sedap cicah dengan sos :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedap tu ayu.. buat sendiri lagi puas hati dapat makan..

Maria Firdz said...

wah.. boleh try ni.. mcm menarik je nmpknya kn.. :)

ctfand said...

bawang ke..ermm..kalau buat sotong ring ok jugak nih..heheh..

Mar Mansor said...

bestnye memasak kalo ada pembantu ni..onion ring tak pernah buat sendiri..nampak sedap tu..asben pon suka nih

- G C - said...

tak suka onion.. tp kalo buat onion ring, sedap kot eh.