Showing posts with label scan. Show all posts
Showing posts with label scan. Show all posts

05 July 2014

My Lil Caliph : Threatened Miscarriage !

Assalamualaikum

Lama jugak tak berupdate blog. Maaf ye kawan-kawan. Ayu sedikit diuji oleh Allah. Allahu Robbi. Syukur Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku.

Rabu lepas balik kerja ayu dan suami ke Tesco belanja barang dapur. Yela, even keadaan morning sickness ayu belum pulih, ayu tetap suka masak kat rumah. Kadang-kadang guide suami, beliau yang masak. Lepas shopping tu, masa angkat barang naik rumah. Rumah kitorang tingkat 3 naik tangga. Banyak sangat barang, ayu bantu la suami barang seplastik dua. Pilih yang ringan ringan. Masa tu degil. dah pesan jangan bawa, ayu tetap bawa. tu akibat tak dengar cakap suami lah tu. huhu

Malam nya, perut ayu mula terasa macam sakit sikit sikit. Tapi ayu abaikan aje. Tapi tak tersangka, masa bangun siapkan juadah sahur, ayu terasa sesuatu keluar, laju laju pergi check. ALLAHU...ada spotting yang ayu pasti tu warna darah.. berjurai jurai lah air mata bakal ibu ni. Rasa bersalah menggunung gunung. Nangis nangis ngadu kat suami. Mahu tak takut? Terus wudhu dan solat doa minta Allah selamatkan anak ummi dalam kandungan ni. Tak ada apa yang ayu minta. Hanya itu.

Dalam pukul 9 cam tu, terus gi Klinik Dr Anis. Ni kali ke 2 ayu ke sana. Beritahu apa yang patut mengenai kejadian pagi tadi. Dan doctor terus buat scan. Alhamdulillah syukur. Bayi sihat, aktif dan selamat. Dah 13weeks+ pun dan siap boleh nampak baby tengah menendang nendang (tapi lum rasa lah). Kepala siap pusing-pusing. Dengar heartbeat pun syukur alhamdulillah normal beat. Daddy dia ni sampai ketawa ketawa tengok baby.

scan di klinik dr anis johor bahru
Sebenarnya spotting ni bukanlah kali pertama. Masa early pregnancy haritu. week 6- week 10 pun ada juga. Tapi sangat sikit secalit gitu je. Dan dah makan dhupaston yang di ambil di Klinik Dr Anis, dan alhamdulilah kurang sangat. Dan doc kat klinik pun cakap kalau sikit sikit coklat tu no worries. Tapi kalini bukan coklat. Dan banyak. Ofcoslah kami risau.
mc. 

Dan dr Anis pun minta ayu bedrest selama 2,3 hari. Syukur, lepas kejadian pagi tu, tak de dah spotting lagi..dan harapnya tak akan ada sampai baby lahir. Risau kalau jadi gitu lagi.

Nota : Mak kata, ayu jenis macam tu. Pembawakan orang ni lain lain. Tak leh lasak lasak even rasa diri tu kuat dan larat. Kawan kawan doakan ayu dan baby sihat dan selamat ya.... aamiinnn