Nuffnang

01 November 2014

Pregnancy : Placenta Previa

Assalamualaikum

Ada dalam entry lepas ayu share berkaitan uri rendah dan baby songsang kan..

Memula tahu uri rendah masa buat checkup di klinik yuslina ulu tiram. Masa tu buat details scan week 23+. Doc bgitau keadaan uri agak bawah. But no worries. Sbb belum 28 weeks so doc kat tak boleh declare as PP.
Lepas tu, app di KD week 28. Ayu tak tau pun samada ayu ni dimasukkan dalam kategori PP or not. Tapi lepas belek belek result scan doc KD tu, rupenya doc ada noted yang ayu ni PP type 1. Means.. Uri dalam 2cm dgn pintu rahim. Bukanlah serius kalau ikutkan. Tapi doc pun risau uri tu makin ke bawah.. Dats y lah kot dari awal pregnancy ayu selalu spotting coklat coklat.

Tulisan doc tu ayu tak berapa nak faham sebenarnya. Tapi ayu faham repeat scan masa 31 week. Ayu cume ingat doc cakap jangan angkat berat berat sebab dia takut uri ayu makin rendah.

Ayu ada mengadu, ari-ari ayu belah kanan kerap sakit. Ayu tak sure lah samada ada kaitan dengan uri ke tak. Kalau ikut scan, yang sakit tu belah uri lah. Huuu.. Tp ayu ada baca uri rendah tak sakit.

Doc tanya ada bleeding tak. Ayu tahu..ayu spotting dari awal pregnancy. Tapi dah checkup di swasta dan hops kerajaan semua kata ok. So, ayu relax jelah dan berserah. Tapi masa dah 6 bln pun masih ada 1-2 kali terspotting coklat.

Dis week ayu 31 week. Rabu ni akan repeat scan uri. Hopefully dah ok. Tapi takut juga ni. Sbb semalam ayu balik kg, renyah renyah sangat gi wedding sana sini. Dari muar ke negeri 9… patah balik muar attend 3 lagi kenduri. Dan malamnya balik jb dalam kul 12. Harini lak ahad. KERJA!.

Serius. Semalam masa naik kereta langgar jambatan yg ada bonggol tak rata tu terhentak. Jadi sakit bahagian bawah ari ari. Hopefully uri tu tak makin turun.....

Note : ayu rasa nak pi scan swasta gak for 2nd advise.

4 comments:

Yan Saflina said...

saya pulak masalah hb rendah, kena la ambik jus pegaga kurma untuk naikkan hb..huhu..

Apa2 pun hrp sis xde masalah apa2 dan insyaALLAH selamat melahirkan baby yg comel..:)

Sya Mimie said...

Hati2 ye ayu.. Msa hritu nk bersalin, ada akk sebelah katil ni PP juga tau..sebulan dok hospital. Bersalin czer msa 38week.. Xleh bnyk bergerak, buat kje.. Kna rhat..

Ayu Zan said...

Nak elak xbyk gerak tu susah.. Lg2 kerja ayu kat lab. Risau.. Xsbr tunggu nk repeat scan rabu ni. Doakan kite ye mimie.

nurul_diya m. nor al-haj said...

Take Care, Kawan.. :)