Nuffnang

06 November 2014

Pregnancy : Checkup 31 weeks (uri bawah)

assalamualaikum

dah masuk 31 weeks dah usia kehamilan ayu. Cam tak caya je. hihi. kuat sesangat dah baby bergerak kat dalam ni. seronok melalui fasa ni.. alhamdulillah.

susulan dari entry ini dan ini berkaitan uri bawah tu.. doc kat KD suruh datang rescan for placenta masa 31 minggu (Rabu 5/11/2014). tapi sayang kalini dapat doc yang pada ayu tidak membantu apa-apa pun.

dahla hampir 3 jam menunggu, dan memasuki jam 1 petang lebih, doc dah fikir nak makan je kot sampai dok cek patient ASAL BOLEH. so, ayu sangat kecewa lah.

blurr je. dok cek berat ayu dah suh repeat minum air gula. tu je ke nak cakap?

then ayu yg cakap.. scan week 28, doc minta saya repeat scan tengok uri. Pastu ayu yang tunjuk dia page result scan doc masa 28 weeks tu kat dia.

"ooo..uri bawah..ok.. baring, buka perut dan selimut" arah doc.

ayu ikut jelah.

dan.. dia scan beberapa saat, cume cakap..

"ok. kepala baby ke bawah dah. tak breech lagi. (dulu 28 week breech)." tu je dia cakap. tak de bagitau uri ayu camne. berat baby camne. air ketuban cukup ke lebih. not very detail!

"habis tu doc, uri saya naik dah ya?" tanya ayu.

"ha.. ni atas." kata doc.

"alhamdulillah.. 24 dan 28 week masih dibawah haritu." kata ayu.

dia REPEAT SCAN!

"eh.. haah la.. bawah.. betul.. bawah.. " jam jam tu la bawah pulak. ade ke patut. kejap atas kejap bawah.

ish ish ish. tapi itu je dia cakap. dan tiada consultation selanjutnya. huhu... contoh.. terangkan samada bahaya or tidak. ada chance normal deliver ke tidak. semua tak da. dan ayu penat + lapar dah pun, ayu pun malas nak tanya dah....

balik dengan hati duka lara sebab tak puas hati dengan servis doktor tu. sob sob sob

actually ayu nak tahu tahap serius ayu punya uri bawah ni. sebab tu lah geram bila doktor amik mudah je.


4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

semoga semuanya akan baik

Sya Mimie said...

Allah.. Ni la yng x sukanya kn..

thisni3zahata said...

Sabar ye...Tak pun sy suggest ayu g klinik lain utk dptkn detail explaination. Biar bayar mahal janji kite dpt detail explaination.

QasehnyaRania said...


in shaa Allah ayu teruskan brdoa k.selalu bckp dgn baby..jgn stress sgt..