07 August 2015

Minor Operation Cabut Wisdom Teeth @ Geraham Bongsu

Assalamualaikum

alkisahnya hari sabtu haritu bermulalah tragedi malam malam geraham bongsu yang dah 2-3 tahun tumbuh sikit2 tu berdenyut sakit.

ahad terus MC. memula gi klinik pergigian kerajaan, tapi akibat prosedur lama dan banyak, esoknya suami bawa gi dental panel company. Memandangkan dah confirm memang ada dental care, jadi kita manfaatkanlah.

kos untuk buang gigi geraham bongsu ini cecah 650-800 di Amim Dental Surgery. Mahal kan? kalau tak kerana panel company, memang ayu tahan jela..

Doktor pun siasat punca kesakitan. rupa rupanya gigi ayu senget. terkeluar sikit sebab tiada ruang di atas landasan gusi. Xray di buat guna mesin yang canggih. siap berpusing-pusing macam robot untuk ambil gambar gigiku.hihihi. Dan hasilnya gigi ku stuck di hujug tulang, sebab tu sakit dan rupanya dua dua belah pun impacted. huuuu. kena buat minor oral surgery untuk buang gigi itu. sebab gigi geraham bongsu hampir dengan saraf jadi tak boleh cabut biasa. dan ayu pilih untuk buang sebiji je belah kanan dulu, kiri tak sakit.. takmau la tanggung dua dua.

Tapi doktor tak dapat buang gigi tu hari isnin tu sebab kelenjar ape tah bengkak. jadi ayu kena ambil antibiotik selama 2 hari. Doktor hanya scalling sahaja. Kalau buat terus, boleh jadi pendarahan tidak terkawal.


Rabu

hari dinanti telah tiba. dalam pukul 9 lebih pagi, masuk je klinik, ayu dipanggil setelah sign surat kebenaran pembedahan buang wisdom teeth ku ini.

inject inject bius, tunggu kebas dan doc pun nak cabut.

Allahhh.. ngeriiii. serius jujur cakap tak lah sakit. rasa mcm kena tarik tarik tu ngeri lah. sebab kena godok godok kan. terangkat gak badan. even misi n doc suruh lembutkan.

dah cabut pulak, terjuntai,..melekat kat gusi dan susah nak lerai. super sakit.. menitis air mataku.
cabut tak sakit. masa berjuntai nak lerai tu sakiiiiittt gilaaa..

balik rumah, tak boleh kumur dan ludah 3 jam. tips tu untuk elak pendarahan teruk berpanjangan. dan serius sepanjang harini memang telan liur perisa darah uuu..

dan setelah 3-4 jam bius habis.. ayu menangis nangis kat laki. telan air liur sakit. bukak mulut sakit. tulang rahang sakit. semua sakit.. huuuhuuuhuuu.. nak baring, nak pusing semua sakit. :(

dan ayu pulak menyusu anak, nak makan pil tahan sakit ponstan yang dibekalkan memang tak boleh. berbahaya untuk amani pulak. ayu cume layak amik paracetamol time terlalu sakit je. dan juga habiskan antibiotik.

Makan

Makan pulak, suami belikan bubur ayam marrybrown. dan dia masakkan sup ayam. curah sup banyak banyak dan telan bubur cam air. hihi. boleh share puree amani dah ni. huuu..

harapnya kesakitan menelan, pedih di luka gusi, sakit nak cakap dan buka mulut serta sakit tulang rahang ni sehari dua jelah. sebab ayu rasa begitu terseksa.

ni dapat menaip sebab ayu baru makan paracetamol dan amani pulak tidur.

doakan ayu cepat sembuh ye kekawan. esok eden story lagi ye susulan kejadian. 

update !

hari kedua(24 jam setelah opeation)

ayu masih belum boleh cakap jelas sangat sebab bukaan mulut masih kecil. rahang masih sakit. dan kelenjar kat leher tu masih bengkak. telan air liur dah kurang sikit sakitnya tapi masih sakit. masih telan bubur blend. atau lebih tepat, mcm food amani dah tetapi bergaram jela.haha


13 comments:

thisni3za said...

Semoga cepat sembuh ya..haihhh..sakitnya rasa..huhu

Eyma Balkish said...

Sabar dan semoga cepat sembuh...

AwekTrader said...

ouchhh... bab gigi ni memang sakit... tak berani jumpa dentist!!

cik atie said...

moga cepat sembuh ayu

randomlyally said...

Hari tu ada baca pengalaman kak mia liana cabut wisdom teeth ni..2 minggu jugak kot sakitnya....

Sabar lah ayu..kurang jugak dosa2 kecil yg ada..kan..? Semoga cepat sembuhnya.. Hugs~

kakaktiricinderella said...

Sakit gigi biasa pun dah sakit gilos.. Apatah lagi kena macam nie. Ya Allah. Sabar and semoga cepat sembuh. Amin :)

Sarah said...

Semoga cepat sembuh ya. Sabar tahan sakit :)

IntaNBerliaN said...

adehhh seriau akak baca... mg cpt2 ok

Mia Liana said...

sabar ya.. moga cepat sembuh..

psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

aeinnamusa said...

Syafakillah..

Done follow #636

ejulz said...

semoga cepat sembuh.. :)


Jemput singgah "Senarai Pengomen Tegar Mac, April, Mei, Jun, dan Julai 2015"

Anonymous said...

semoga cepat sembuh :-)

Nasz said...

semoga cepat sembuh. tak tahu plak ada operation for teeth. huhuhu.

Jemput ke blog saya.

www.nasznadzeri.com