Nuffnang

30 November 2015

Cameron Highland Day 1 : Lata Iskandar, Ladang Teh Boh Habu, Copthorne Hotel & Kea Farm

assalamualaikum

alhamdulillah, pada 18/11/2015 haritu kami bertiga (ayu, suami dan anak) berpeluang bercuti bersama di cameron highland. Lama dah nak gi ni tapi banyak betul kekangan itu dan ini. Nak pergi lepas majlis kahwin, kena morning sickness pula, kandungan dah besar, rasa tak selesa pulak nak jalan jauh. Nak gi bulan 6 haritu amani comel sangat dan masih berbuai, Ni amani pun dah besar tido tak pakai buai dah, dah boleh mamam stoberi, boleh dah pergi.

Kenapa cameron? Sebab i love sejuk sejuk dan nak recall balik pengalaman gi cameron masa usia 15 tahun.haha. ayu dan suami sebenarnya pernah gi cameron masa kami form 3. satu bas ok. rombongan budak form 3. tapi masa tu tak la kenal sgt. Jeling jeling pun idok lagi. hihihi.

Ok jom kita start cerita day 1 kita.

ayu pecahkan kepada 3 bahagian ya, sebab kalau 1 bahagian je, confirm tahun depan baru siap entry untuk di post. haha

Hari pertama - Lata Iskandar, Ladang Teh Boh, Hotel Copthorne & Kea Farm.

Pada jam 4.10 am, 18/11/2015 kami memulakan perjalanan dari Johor Bahru. Berhenti subuh di R&R Ayer Keroh dan sarapan pagi di R&R Seremban.

exit tapah
Kami memilih melalui jalan Tapah, dengar cerita dan baca review ramai orang, memang jalan ni hardcore. Belok belok, curam curam amat ngeri.

Serius! memang best jalan ni, dengar kicau burung, bunyi air gunung, bunyi unggas dan cengkerik bersiul siulan sepanjang jalan. Sepanjang lalu jalan tapah, kami buka tingkap, memang rasa udara segar tengah hutan. 

Yang tak bestnya, ayu ketakutan sepanjang jalan sebab tengok bekas runtuhan yang banyak. Allahu robbi tak henti doa ayu agar tidak hujan dan dilindungi sepanjang jalan. Dan amani pulak, mabuk agaknya, dia merengek je kejap kejap dan menangis sambil pegang kepala.. Kena keep breasfeeding..baru amani tenang..

Kami memang plan nak singgah Lata Iskandar menghayati keindahan ciptaan tuhan ni. Alhamdulillah, sepanjang jalan kurang orang dan kat lata ni pun orang pun tak ramai. Boleh feeling macam sewa tempat ni. wakakak.. maklumlah, kami gi masa weekdays. oh ya, kalau nak ke lata iskandar ni kena melalui tapah ye awak. kalau lalu simpang pulai memang tak ketemu lah.

cecahkan kaki anak dara ni. Menjerit dia..sejuuukkk...
lata iskandar
Setelah itu, kami teruskan perjalanan yang berbaki menuju ke destinasi yang dinanti.

Sampai je atas, kami terus tuju ke Ladang Teh Boh. Tapi bukan Sungai Palas tau, kami ke ladang boh di Habu, kalau dari Tapah, memang nampak sign board. Nak naik ladang ni jalannya kecil dan mencabar tau. Sepanjang nak naik ni ada bee farm dan strawberry farm juga tapi kami tak singgah yang kat Habu ni.

factory tour
Memula sampai, kami dibawa masuk dalam kilang buat teh ni, siap ada pegawai ladang yang bercerita mengenai setiap step dalam proses pembuatan teh dari proses melayurkan daun hinggalah siap. Cume packagingnya tak buat di sini. Yang dalam box tu jenis teh. 

lepas tu, naik bukit tengok view.
penat oi jalan. 
Selepas penat daki bukit tengok pokok teh, kami layan teh dan scone kat cafe.
Husband pilih Teh Vanilla dan ofcos scone sebab bini dia sebut scone scone scone dari kat JB lg. haha
Tidak mengecewakan. Sangat sedap uooollsss.. harga pun tak mahal, 

so yummyyyy

Aktiviti seterusnya ialah check in hotel dan berehat memandangkan masa ni dah dekat pukul 4 pon.

Hotel kami pilih Copthorne Hotel yang terletak di Brinchang. Dengar nya hotel ni paling tinggi kat atas, jadi paling sejuk. Dan prestasi hotel sememangnya tidak mengecewakan. Alhamdulillah.

Sebenarnya pakej yang kami ambil ni kami beli dari Groupon dengan harga RM 320(3 hari 2 malam) untuk Deluxe Room. Murah ok...hotel ni 4 star. Dapat bilik ada bath tub dan ada balkoni. Lokasi pun kat Kea Farm, jadi ramai je yang jalan kaki gi Kea Farm, situ kan susah parking, jadi kalau hotel dekat ni memang bonus tau. 

groupon

Kami compare dah dengan trivago, web asal dan agoda, nampaknya groupon memang win untuk hotel ni. So, husband pun proceed booking 2 hari sebelum pergi. Memandangkan weekdays, proses booking memang lancarrr.... beli kupon groupon, transfer payment, emailkan kupon groupon kepada hotel dan settle....

my dhiya.. happyy bangat

sampai hotel, anak dara ni lah gadis paling gumbira. tengok tengok aksi dia. Mencuit hati ummi daddynya. Kami dapat bilik tingkat 12. Dan memang view dia bestt...
view siang dan malam di hari pertama
Dalam hotel ni, macam biasalah dia includekan sekali nescafe dan tea. Paling best, dia guna cameron valley tau. teh valley ni sodapp.. kami laki bini suka betul. Selain tu, ada peti sejuk dan peti besi simpan barang berharga tu juga. Kat toilet pula disediakan syampoo, shower foam, lotion, cotton buds, sanitary plastic, shower cap dan set berus gigi.

Kat luar sekitar 6 pm

Kami rehatkan diri memandangkan kesian kat mr driver yang drive seorang dari JB. Dalam dekat kul 6, kami ronda ronda sekitar hotel. Depan hotel copthorne ni ada termometer besar u olllss.. hihi. dengar nya termometer ni masuk Malaysia Books Of Records. Tapi memang stylo tau. Masa ni suhu 18 darjah celcius. Nyamannnn....

Kami singgah di Kea Farm beli jagung mutiara, strawberi coklat, keledek manis, cendawan jarum goreng dan air dan jenjalan tengok apa yang terjual di Kea Farm. Tak shopping cenderahati pun sebab baru je sampai kan. Cari stoberi je sebab mmg dah gian nak makan sangat. hahaha.

maaf gambar kea farm sebiji pun xde dalam kamera. haha

Lepas dinner kat kedai makan biasa biasa je...kami tido awal malam tu memandangkan cik kecil Dhiya Amani dah kepenatan dan ajak ummi tido.

bersambung Day 2 ya...

4 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

wah..bestnya ayu..akak belum sampai lagi ke sini..memang berharap sangat one day dapat gi sini

Sheila Adziz said...

allhamdulillah... wow... besynyer sis... bila la n fmly nk p sana ni... hehe,,, selamat bercuti sis n take care

sya mimie said...

Sllu klau g cameron dr smpng pulai. Taubat la dr tapah. X lalu. Dok mntah2 saja.. Hehe

Cik Itah said...

wahhh..bestnya pergi cameron!