alhamdulillah, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) & Nuffnang telah memilih blog ayu untuk CPUV. Ayu sebenarnya rasa sangat gembira sebab PPZ diiklankan di blog ayu. Terasa macam menyumbang sesuatu. Lebih lama iklan sebegitu bertapak di sini, lebih baik. Moga-moga lebih ramai yang nampak kewujudan PPZ ini.
![]() |
| cpuv ke 13 |
Laman PPZ ini diwujudkan bagi memudahkan umat islam yang mahu membuat pembayaran zakat harta, pendapatan, emas, perniagaan, saham, KWSP mahupun zakat simpanan melalui atas talian. Lihatlah, nak menunaikan salah satu rukun islam kini lebih mudah, kalau masih ada yang kata susah dan tak sempat tu, ayu no komen lah ya. Malah, di sini kita boleh membuat kiraan secara terus dengan mengisi jumlah jumlah tertentu. Sangat mudah!

