Showing posts with label tinta jumaat. Show all posts
Showing posts with label tinta jumaat. Show all posts

19 December 2013

Tinta Jumaat : Dapat 1K likes baru bertudung

assalamualaikum

Terasa terkilan sedikit dengan sikap muslimat di bawah ni. Moga Allah beri pertunjuk dan jalan buatnya. Keinginan nak bertudung tu memang baik dan dipuji. Malah, berhijab itu dituntut dan diwajibkan keatas setiap umat islam. Tapi kalau 1000 likes baru berhijab...saya sedikit kecewa lah.

tutuplah auratmu ye dik., tak perlu tunggu 1000 likes ya. Sebab tutup aurat itu perintah Allah bukan boleh dipilih-pilih.


Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)

12 December 2013

Tinta Jumaat : Kekasih Yang Sentiasa Memberi Peluang

Assalamualaikum.

Salam jumaat.

Allah adalah Kekasih Agung yang sentiasa memberi kita peluang demi peluang. Lihatlah hari ini, Allah masih pinjamkan nyawa untuk kita mensucikan diri yang berdosa.

Kenapa Allah hidupkan aku hari ini?
Jawapan Imam Ghazali : Kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan aku untuk bertaubat.



Ayuh sahabat, kita sama-sama mencari redha Allah selagi masih diberi peluang oleh Kekasih Agung kita. :)

Love,
Ayu

Sumber gambar : FB Ustazah Fatimah Syarha