25 June 2013
Lama Menyepi
untuk sapesape yang terbaca post kali ni..
lama dah saya tak post apa-apa kat sini. haritu rasa nak delete account blogger ni, tp sayang tak terhingga. yela..satu masa dulu pernah jadi perkara terindah dalam hidup. faktor masa, kekangan kerja hakiki dan juga kekangan kerja suka-suka serta kerja-kerja rumah menghadkan masa untuk berblog.
ouh.
apa kerja suka-suka saya tu?
ni dia kerja suka-suka saya. asalnya suka-suka. last-last menjadi kerja sambilan, maka diberi nama kerja suka suka. Buat kraf sikit-sikit. dapat juga beri kepuasan diri selain dari buat tambah-tambah duit kocek.
Ok lah. Jumpa next post ya.. banyak nak buat entry nih. ehhehe..
Love,
Ayu Zan
28 February 2013
kuli dipandang tinggi
Kerja sebagai kuli terkadang lebih mulia. Kerana.. Jarang-jarang seorang kuli itu bekerja kurang dari upahnya. Dan selalunya lebih...
Contohnya menjadi buruh kasar. Memang berat beban ditanggung. Walaupun upahnya belum tentu setimpal. Namun, jasa,budi dan tenaga yg dikerah utk membina sebuah rumah, masjid mahupun sekolah itu ibarat segunung pahala yg dijanjikan Allah pada hambanya.
Malah hasil yang diperolehi itu penuh dengan barakah. Penuh dengan kemanisan kesungguhan. Kerana itu seringkali anak yang lahir dari ibu bapa yang digelar kuli ini selalunya jauh lebih hebat peribadinya. Kerana apa? Kerana rezki yg dicari sibapa mahupun si ibu.Kerana upah setimpal yang penuh barakah jauh dari syubhah.
=)
Lalu, semua kekuatan yang terkumpul didada ini membuatkan aku tidak malu mengaku siapa aku, apa pekerjaan ku, apa bidang tugasku. Sungguh bukan jawatan idaman. Tatkala menyandangnya.. Terdetik di hati.. "semoga dengan pekerjaan ku ini, menambahkan keredhaan Allah padaku. Menambahkan kasih sayang Allah kepadaku"
23 January 2013
DIY : pillow box
07 January 2013
home sweet home
Assalamualaikum.
Sedar x sedar...dah 3 bulan saya duduk menetap di rumahku syurgaku.
Apa yang terbaru?
-Tv kecil 14 inch
-Peti sejuk jenama sharp bersaiz kecil
(tapi.bukan yg kecil gila tu)
-Cerek bunyi hadiah dari mak. (saya x guna lagi cerek letrik.jimat karen)
Dan
Yang paling best.
Rasanya saya mcm dah makin lincah di dapur. Hihi..dah jadi macam hobi
Love,
Ayu
Tudung Labuh
Assalamualaikum.
Tajuk gempak kan.haha.
Begini kisahnya. Sy bukanlah kategori muslimah hebat yang bertudung labuh dan berniqab tu.
Saya sekadar memenuhi syariat pemakaian wanita muslimah dengan melabuhkan tudung agar menutup yang sepatutnya.
Dan
Tatkala melakukan kebaikan pelbagai suara tak enak menerjah cuping telinga.Ada yang kata
"ko ni ayu, da nak jadi ustazah ke ape" kata si lelaki.
"tudung macam ko ni, ustazah je pakai"
Mulut tersenyum.
Dalam hati berkata.
"ustazah je ke yang kena tutup aurat?"
Begitulah manusia.tak senang melihat kebaikan. Kadangkala menggugah keyakinan sy untuk melaksanakan tuntutan apabila banyak mulut mengata.
Terima kasih buat yang menyokong.
Meneguhkan kembali matlamat utama saya menitik beratkan isu aurat dalam diri.
Pandangan Allah yang diutamakan.
Masya Allah.
04 January 2013
tudung koshibo
Assalamualaikum.
Teringat dulu-dulu zaman saya bersekolah menengah tinggal di asrama.
Mengamalkan cara hidup islam..
Itulah prinsip yang diterapkan dalam hati dan sanubari setiap putra dan putri yang berada di mahallah itu.
ALHAMDULILLAH.
Hari ini setelah hampir 6 tahun meninggalkan zaman itu, hati saya jatuh sayu mengingatkan tudung mini telekung jahitan tangan dari kain koshibo (biasanya). Dan ada juga yang tudung bawal tapi dijahit kemas supaya tidak terdedah aurat kewanitaan itu.
Saya masih ingat lagi tudung kegemaran saya yang berwarna krim yang hampir lusuh setelah bertahun2 memakainya ketika itu.
Tapi ketika itu, ia amat manis utk sy kenang. Manis menutup aurat. Terpelihara aurat kami ketika itu dengan tudung mini telekung jahitan tangan itu.
Yang tertutup itu indah.
03 January 2013
Makam Imam Shafie atau Kubur Firaun?
Assalamualaikum. Salam jumaat penuh barakah.
Yang hebat dan agung di mesir ape lagi kalau bukan kubur firaun. Piramid Giza dan Sphinx.
Tapi personally, yang lebih menarik-narik saya nak melawat Mesir ialah sejak saya tahu makam imam besar mazhab yang majoriti masyarakat Malaysia ikuti (Shafie) ada di celah negara Mesir itu.
Hasil bacaan saya dari majalah i isu januari 2013, saya terasa begitu terkilan kerana masyarakat mesir pandang sepi kat makam imam besar ini. Mana tidaknya, yang menjadi keagungan mereka tentulah mazhab hanafi ikutan mereka. Tapi, membaca tentang keadaan persekitaran makam yang terbiar itu agak menyedihkan saya. Kalau terus-terusan begitu, ia akan memudarkan cerita perjuangan beliau dalam pembangunan Islam.
So, kalau kalian ke Mesir, pilihan di tangan anda.
Kubur firaun lambang pengajaran.
Makam imam shafie lambang kebenaran.
Love,
Ayu zan

