10 September 2015

DIY : Baby Activity Book

assalamualaikum

 menaip entry ini dikala jam 12.30 malam. Amani dan daddynya dah tido pon. Ummi gigih nak jahit cloth book @ quiet book yang ada simple activity untuk amani. Masa ni je mampu jahit. sebab kalau amani celik, ayu fokus kat dia. kesian kalau nak tinggal tinggal dan kita bz jahit lak. Dah la time keje 7 am- 4 pm dah kita tinggal dia.

Dalam baby activity book yang ayu buat laju laju tanpa template ni, memang banyak kekurangannya, sebab yela..ummi dia tak pernah buat ni lagi. ni pun after study sikit sikit baru buat.

umur macam amani 8 BULAN sesuai untuk latih motor skills dan sensory skills dia. Yang mudah mudah je. Macam bentuk, warna, benda keras, benda lembut, bunyi bunyi plastik dan lain lain ikut kesesuaian umur lah ya.
A photo posted by Ayu Zan Gallery (@ayuzan) on

jom tengok satu satu..

no.1 - Bunga

bunga ni kelopak tak jahit, supaya amani boleh kopek kopek kelopak dia. Baby memang suka kutil kutil benda kan. Sebab ayu perasan amani suka betul kopek kopek tikar.hehe

no.2 - Matahari

simbolik matahari memancarkan cahaya. Yang reben kuning tu, biasa orang panggil taggies, sesuai untuk baby sebab nanti dia suka nak masukkan jari comel dia dan belit belit lepastu usaha lepaskan jari. Nampak simple, tapi baby tahu je nak main nanti.hehe

no.3 - Bentuk dan Isinya

dalam tiap bentuk ayu bubuh berbeza isinya. Segitiga - isi manik, segiempat - isi mcm bantal dan bulat ayu isikan plastik. Terjuntai juntai tu baby suka la..hehe

no.4 - Rerama

dalam rerama ayu buh plastik. nanti dia picit, bunyi bunyi amani suka.

no.5 - Awan dan manik

ni simbolik hujan xjadi. hahaha. manik manik dan tali. Semua ni ransang minda anak untuk gerakkan manik kat tali tu.

no.6 - Pelangi dan warna

reben taggies tu untuk belit belit, macam ayu cerita kat no.2 tadi, dan warna warna untuk ransang penglihatannya..

mudah mudahan usaha kecil ummi ni bawa keberkatan.

doakan saya ya.


DIY : Flash Cards Number

Assalamualaikum

sambil amani tido, mencuri masa last week ayu buat flash card dari kain felt untuk amani. Nombor 1-10 dengan warna warninya ikut lah kain yang ada.



ni lah hasilnya. mudah mudahan bermanfaat untuk yang bercadang nak buat flash card sendiri. senang je, cuma perlukan masa dan fokus nak siapkannya.



02 September 2015

Snack Cup untuk isi makanan baby

Assalamualaikum

Sebelum ni ada yang tanya saya buh makanan baby kat bekas kecil apa. Sebab baby bawah setahun kan makan sikit sikit je. Nak beli termos pun,termos besar besar, yela..bawah puree or bubur cume 2oz je.hihi.. Nanti masa nak makan, pengasuh rendam jap kat air panas,dah boleh makan.

Saya pakai snack cup brand tupperware. Sape tahu tupperware tentu tahu produk hebat ni kan. Dijamin seumur hidup ok.hihi

Dah tu tertonggeng dalam beg pun tak tumpah. Buh biskut pun tak lemau.

tupperware isi makanan anak

Snack cup ni muatan dia 4 oz. Beli set ni dapat 4 biji.

Sape ahli tupperware, boleh lah gi beli. Tapi sape bukan ahli, nak beli kirim saya pon boleh. 

Kot ada yg nak, boleh pm saya kat FB : Noridayu Zan @ whatsapp +60103787836


28 August 2015

Bento Amani

Assalamualaikum

demi menyemarakkan semangat ummi nak masak hari hari untuk amani, ayu telah mula mengabadikan photos bento amani dengan hashtag #bentoamani dan #homemadebyummi

hehehe

jom checkidout. hehe

oat kurma dan puree epal

bento amani. mashed potato dan puree epal

bubur kacang peas

puree pear dan bubur brokoli dan serbuk bilis

bubur hulk dan mee suah sup

seronok masak untuk baby. even hari hari ayu bangun jam 4 untuk siapkan bento mak pak dan anak.hihi.. tp kadang even mak pak tak bento, anak tetap bentooo...

semoga ummi terus rajin... go go chayooookkk

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Merdeka Giveaway Dari Kasutkaca15

saya join merdeka giveaway dari kasutkaca15. semoga murah rezki saya.