29 June 2015

amani kena biji angin

Assalamualaikum

Ramadhan masuk 10 hari. Dan kami diuji dengan beberapa dugaan kecil.

Amani kurang sihat lagi. Kalini pakej. Demam+selesema+biji angin di belakang tengkuk. Allahu robbi. Si kecil tu menangis je. Sedih ummi.

Sebenarnya suami ayu perasan kewujudan biji angin tu sejak amani mula pandai menjulur kedepan. Dah mula makin aktif guling sana sini dan maju mundur. Masa tu dah terdetik, ada terseliuh ke amani?
Amani nak belajar jahit ummi :)

Pastu makin hari amani macam makin galak menangis. Pelik juga. Sebab baby comel ayu ni jenis tak berapa sangat nangisnya. Merengek jela selalu.

Dan last weekend balik dari kampung makin menjadi nangisnya. Dan bahu@tangan@leher belah kiri macam sakit. Ayu susukan dia belah situ kalau silap pegang nnti dia nangis terus merajuk tak mau susu.

Tak senang hati. Amani tido tak lena. Jap jap nangis. Pagi ahad ayu emergency amik cuti. Ayu gi umah jiran. Jiran tu makcik yang dah usia 60 tahun. So ayu expect dia mesti tahu nak buat apa. Di pegang tangan amani, dia kata agaknya terkehel atau terseliuh ni. Dan makcik jiran yang baik hati ni bawa kami ke rumah tukang ubat. Tukang ubat kanak kanak.

Tukang ubat tu kata amani ni kelenjarnya sakit. Macam salah bantal gitulah. Atau panggil salah urat. Ditawarkan air sebotol dan disuruh beli biji manjakani dan urut bahagian biji angin di tengkuk amani. Balik tu amani ok sikit. Kurang nangisnya dan dah mula nak menyusu mengemping macam selalu.

Dan hari isnin amani pun disusuli demam dan selesema. Ni kes demam urat la ni. Huuu.. Malam malam kami laki bini tak berapa tido. Dalam pukul 2 pagi suhu naik 38.2°c. Anak lagi perlu perhatian. Ayu risau suhu badan dia naik naik. Ayu jerlum air asam jawa di kepalanya. Lap lap kain basah dicelah pelipat dan satu badan. Yang selesema dia, ayu buat minyak bawang putih sapu di dada dan buat garlic socks. Alhamdulillah pagi sahur tu kebah sikit. Sekitar 37.2°c.

Susahnya hati ummi daddy tengok anak tak sihat. Rasa nak tukar badan je. Huuuu...

Weekend ni ayu balik kampung. Nak jumpa mak bidan yang urut bersalin ayu. Dia boleh urut budak. Mungkin boleh tengok mana mana yang tak kena dengan amani. Sebab kalau baby salah urat ni memang boleh demam berbalik balik. Risoooooooonyaaa..

Nota : macam nilah mak abah jaga kita masa kecil dulu kan. Kerisauan. Susah hati. Sedih. Sebab tu aku emo nengok budak yaya kena dera smpai patah riuk. Bapak yaya tak ada perasaan ke apa.. Huhu

25 June 2015

IKLAN : Beg tangan preloved BONIA untuk di jual

assalamualaikum

beg yang di jual adalah bukan milik peribadi saya. saya hanya bantu beliau untuk menjual barangan ini. Tapi kalau nak deal dengan saya di FB juga bole :)FB Ayu Zan


Beg Tangan Bonia 
Original
Ada kad dan dustbag.
Preloved guna 2x sahaja.

Minor defect di tali. (minor sangat) 
Harga : RM650. 
Cod kangkar pulai johor.


Begi Kecil Bonia 
Preloved
Condition10/10

Harga : RM120
Original (ada kad)
Cod kangkar pulai johor.

24 June 2015

Tips Kekalkan Susu Di bulan Puasa

Assalamualaikum

Amani sekarang usia da 5 bulan setengah. Sekarang dah makin kuat menyusu. Sejak dah pandai menjulur ke depan, guling kiri kanan, cepat ler haus dan lapar. Maka laju lah jalan susu.

Kalau dulu masa amani tak pandai nyusu, 2 oz x 3 botol pun kadang tak jalan. Padahal dok rumah pengasuh dari jam 7pagi-4 petang.

Sekarang ayu bekalkan 3oz x 5 botol setiap hari pun habis. Kata makcik pengasuh, amani di bagi berapa oz pun habis. Laju minumnya.

Jadi semangat ayu nak ngepam semakin lah berkobar. Dulu masa pantang dan cuti bersalin memang banyak stok ebm. Tp sejak kerja dan amani tak berapa susu, jd malas ummi dia nak pam. Pam sekadar cukup je.

Sekarang pam sekadar cukup dia memang kena gigih ummi. 3x sehari minimum kena pam.

Bulan puasa pun alhamdulillah mantain hasil perahan. Tapi ayu bukan lah jenis meriah berjurai jurai tu. Kalau 3x pam dapat 12-14 oz pun dah besar nikmat rasa. Alhamdulillah.. Dan dalam freezer ayu pun stok frozen tak lah banyak. Cukup lah kalau buat backup 2-3 hari.

Apa yang ayu perasan, nak nyusukan time puasa ni, sahur tu penting amat. Dan jom semak apa ayu makan time sahur.

Nasi lauk + bancuhan (oat+susu+tamarcocoa@horlick) + air kosong 2 gelas + 3 biji kurma

Ni lah sahur ayu. Kalau nasi tak makan, ganti dengan mihun @ mashed potato @ roti. Pokoknya memang berat lah makan sahur ayu. Padahal my sweet husband makan bancuhan oat+susu+tamar cocoa pun terkulat kulat nak habis. Haha.

Alhamdulillah makan berat sahur tu membantu ayu kekal cergas sepanjang hari. Pukul 4 balik kerja masih boleh dukung amani amik dari umah pengasuh dan daki tingkat 3 sambil dukung dia dan bawak beg perahan susu. Dan balik tu lepas ngempengkan dia, masih ada baki tenaga untuk prepare juadah berbuka.

Pernah sekali masa tu tak minum oat. Dan makan kurma pun sebiji. Memang energy tenghari dah pancit. Pastu dah xde energy, jadi lemah nak kekalkan 3x mengepam tu. Huhu.

Oh ye. Berat ayu dah seminggu puass ni dah turun 1kg+ dah. Sekarang dah tinggal 50kg je. Hihi. Padahal masa preggy 40 weeks 66 kg wooo.. Tak niat pun diet. Tp bila nyusu si comel, automatik kalori banyak burn dan hasilnya makan banyak pun tak naik berat. :)

Oklah sampai sini dulu entry kita. Semoga ibu ibu menyusukan pun berjaya harungi ramadhan kalini. Jangan risau ye ibu ibu sayang. Islam tak kejam. Allah bagi rukhsah, kalau tak mampu, ambilllah rukhsah. Insya allah menyusukan di bulan ramadhan pun ibadah dan besar pahalanya. Kan ibadah dalam bulan ramadhan ni berganda ganda pahala. :)

Ni handbag saya tiap hari. 

23 June 2015

Perkhidmatan Menggosok Pakaian Sekitar Skudai Johor

Assalamualaikum

Entry ini khas untuk bantu ibu saudara saya yang baru nak mulakan perniagaan perkhidmatan iron baju.

Baju yang kita dah basuh kat rumah, contoh kemeja, baju kerja, baju sekolah anak anak, baju raya (hehe), baju kurung dan lain lain tapi tak sempat nak iron di rumah boleh lah hantar kat makcik saya.

Insya allah harga berpatutan.

Perkhidmatan ini ditawarkan untuk yang tinggal di sekitar UTM skudai, bdr baru kangkar pulai dan sekitar yang berhampiran. Sebab makcik saya tinggal di bandar baru kangkar pulai.

Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi :
Norini Ismail : 016-7404415

20 June 2015

Resepi : Kuih Kasturi

assalamualaikum

bulan ramadhan kali ni ayu dah jadi ibu. Pengalaman baru kali ini membuatkan ayu lebih merancang strategi. hehehe. maklum jelah, balik kerja jam 4 petang. paling cepat sampai 4.40 petang lepas ambil Dhiya Amani. Sampai rumah pulak dak comel nak kena ngempeng. jadi, masa nak masak tu macam tinggal baki baki je.

Kami suami isteri pulak tahun ni rancang untuk meminimakan bazar ramadhan. setakat dah 3 hari puasa ni belum berbazar lagi. Tapi even tak berbazar, ayu still nak hiasi ramadhan ni dengan juadah dan hidangan yang menyelerakan even simple. dan kalau boleh, nak frozen kan especially kuih muih ni.

semalam Jumaat, jadi ayu cuti. Disamping melayan si comel dapat juga curi curi masa, belah pagi ayu prepare samosa (separuh frozenkan) dan petangnya ada masa ayu buat kasturi (pun sebahagiannya di frozenkan).

dapat 12 ketul. 4 ketul goreng untuk berbuka.

Simple je kuih ni.
mudah dan tak costly.hehhe

Kuih Kasturi

Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau
1 keping gula melaka(jenis keping)
2 sudu besar gula pasir (atau ikut kemanisan yang disukai)
garam secukup rasa
bahan untuk Kulit (untuk celup goreng)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Rebus kacang hijau dengan air yang cukup sehingga kacang lembut dan air kering. kalau air macam nak kering tapi kacang tak lembut lagi, sila tambah air lagi.
2. Masa air dah mula nak kering dan kacang dah hancur, tambah gula melaka, gula pasir dan garam dan terus masak hingga kering.
3. Biarkan sejuk dan kepalkan ikut kebesaran yang di inginkan.
4. Campur tepung gandum+marjerin+garam+gula+pewarna kuning. gaul sebati.
5. Panaskan minyak betul betul panas, celup kacang tadi dan goreng.

nota kaki : sedap gak kalau campur kelapa parut tapi masa ayu buat ni kelapa parut tak ada. belasah aje. hihi

18 June 2015

Sewing : Dress Merah Hitam

Assalamualaikum

Kalini ayu mencuba jahit tanpa ikut mana-mana pola. kira ikut sesedap rasa dan seadanya kain.

yang merah atas guna material kain cotton(yang buat baju sekolah) dan yang berbunga hitam merah material 100% cotton (japanese cotton kot)
nak buh bunga kat plain kosong tu nanti

dah siap dah cume tinggal nak memasang snap button di belakang.

lum bubuh button

tapi lepas je test kat amani, macam terkecil di bahagian tangan. jadi payah beno nak masuk sebelah tangan lagi. oho.. ummi kena fikirkan solution lain ni.

nota : selalu terjadi benda ni kat ayu tak kira time beli or jahit baju anak (kalau dulu adik) mesti terkecik! sebab ayu selalu rasa mereka tu kecik je lagi. huhuhu..

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum

jom join Raya GA oleh sally ni..

klik untuk join

TAMAT 3 JULY 2015